27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MNC Serah Deklarasi Momogun 2024 Kepada Tun Juhar

Tun Juhar (tengah) ketika bergambar kenangan bersama rombongan MNC.

KOTA KINABALU : Kongres Nasional Momogun (MNC) menyampaikan Deklarasi Momogun 2024 kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pada Selasa.

Presidennya, Tan Sri Wences Angang berkata deklarasi tersebut telah ditandatangani dan dipersetujui oleh 76 persatuan rumpun etnik Dusunik, Paitanik dan Murutik dari seluruh negeri ini.

“Deklarasi yang telah kami capai ini kami sampaikan kepada Tuan Yang Terutama supaya boleh membantu kami agar istilah itu diterima dengan rasminya kerana dalam borang-borang rasmi kerajaan selalu kita tengok di sana ditulis dalam kolum sama ada Melayu, Cina, India  dan lain-lain.  

“Kami ada jemput kesemua persatuan berdaftar hadir pada Konvensyen Perdana Momogun pada 1 Ogos lepas dan yang hadir adalah 84 persatuan etnik mewakili Orang Asal.

“Daripada 84 itu, yang telah menandatangani bersetuju untuk menggunakan istilah Momogun sebagai nama rumpun Orang Asal Sabah adalah 76 persatuan,” katanya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat kepada Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu.

Wences turut menzahirkan harapan agar pada masa hadapan rumpun Momogun di masukkan dalam borang-borang rasmi kerajaan sebagai salah satu pilihan bangsa di samping Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Di samping itu, Tun Juhar turut menerima kunjungan daripada rombongan peniaga Anjung Bulan Sabit Merah, Sembulan yang diketuai oleh Datuk Abdul Mulok Awang Damit.-Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN