24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MLC sumbang PPE bernilai RM20,000 kepada Jabatan Kesihatan Labuan

SERAH… Andy (empat dari kanan) menyerahkan kelengkapan PPE kepada Dr. Ismuni (tiga dari kiri) sambil diperhatikan Dr. Lawrence (kiri sekali) danSukhir (tiga dari kanan)

LABUAN:Mutiara Labuan Charity (MLC) hari ini telah menyumbangkan pelbagai peralatan Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE) bernilai RM20,000 kepada Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan.

Penyerahan sumbangan berupa 850 set (face Shield), 150 set (kleenguard coverall), 6,100 set nitrile glove 100’s), boufet cap (1,400 keping), Isolation gown (110 helai), PE Apron (500 keping) dan pengimbas suhu berdiri (tiga set) disampaikan oleh Pengerusi MLC, Andy Yong kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan Dr. Ismuni Bohari yang diadakan di Pejabat Jabatan Kesihatan Negeri, di Membedai.

Andy Yong dalam satu kenyataan di sini berkata, sumbangan tersebut merupakan usaha MLC dengan beberapa syarikat swasta yang antara lain bertujuan untuk membantu barisan hadapan khususnya petugas kesihatan yang bertungkus lumus dalam usaha memutuskan rantaian wabak COVID 19 di pulau ini.

Dalam pada itu, Andy turut menzahirkan penghargaan terhadap petugas barisan hadapan Jabatan Kesihatan Labuan yang diketuai oleh Dr, Ismuni yang bertungkus lumus bukan sahaja dalam merawat pesakit yang disahkan positif COVID 19 tetapi juga mencari kontak rapat jangkitan COVID 19.

“ Kita sangat yakin dengan Jabatan Kesihatan Labuan dalam mengendalikan isu-isu yang berkaitan COVID 19.

“Kami juga yakin mereka telah cukup bersedia untuk membersihkan Labuan daripada penularan wabak COVID 19 sekalipun berdepan dengan kritikan yang tidak berasas” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Pengarah Laurence Liaw, Timbalan Pengerusi Sukhvir Singh, Setiausaha MLC, Fieza Awang dan Benbdahari MLC, Tinnie S. James.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN