Oleh: Salwah Aramat
RANAU : Seramai 619 orang lagi penduduk dari kawasan Parlimen di sini., meliputi tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu, Dun Kundasang, Dun Karanaan dan Dun Paginatan, menerima sumbangan daripada Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jonathan Yasin.

Kampung-kampung dan jumlah penduduk di Dun Kundasang terlibat adalah Kg.Giring-Giring (34 orang), Kg.Linapasan (34 orang), Kg.Sumbilingon (62 orang), Kg.Tinindoi (56 orang), Kg.Nawanon (63 orang), Kg.Pahu Pinawantai (63 orang) dan Staff Desa 21 orang.
Di Dun Karanaan melibatkan Kg.Longut (18 orang), Kg.Tiang Baru (32 orang), Ranko (13 orang) dan Tionghua (46 orang). Bagi Dun Paginatan pula ialah Kg.Kitaie (13 orang), Kg.Lukapon (24 orang), Kg.Napong 1 (69 orang), Kg.Napong 2 (34 orang) dan Kg.Rugading (42 orang).

Penghantaran bantuan tersebut diwakili oleh kakitangan Parlimen Ranau dan dibantu para sukarelawan yang ditugaskan khas bagi memudahkan tugasan-tugasan yang diamanahkan.
Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau ketika di hubungi mengharapkan kepada para penerima bantuan berupa keperluan asas makanan harian supaya ‘Stay At Home’ (Duduk Diam Di Rumah) bersama keluarga- masing selaras dengan arahan kerajaan agar mematuhi arahan (PKP).
“Saya amat mengharapkan para penduduk agar dapat menghadkan pergerakan dengan tidak kemana-mana tanpa urusan penting, sebaliknya duduk diam di rumah”, katanya. –T A M A T–