Sharina memperlihatkan buah Kelapa Pandan sedia dinikmati pengunjung.
RANAU: Mungkin ramai tidak mengetahui minum air buah kelapa muda terutama kelapa Pandan punyai keistimawaannya yang tersendiri.
Demikian dinyatakan Cik Sharina Joseph ketika mempromosi ‘Jom Minum Kelapa Muda’ kepada para pengunjung Ranau Rabbit Farm(RRF) terletak kira-kira 6.5 kilometer dari pekan Ranau, menempatkan lebih 100 ekor arnab jinak dan mesra pengunjung.
Bersebalahan RRF itu juga lokasi Mont Kinabalu Sky Bike sejauh 500 meter dengan ketinggian lebih 300 meter dari aras tanah turut diminati pengunjung yang meminati aktiviti lasak dan mencabar.
Menurut Sharina, air buah kelapa muda jenis kelapa pandan, selain aroma pandannya boleh menghilangkan rasa dahaga ia juga punya khasiat menyembuhkan sakit perut, pening kepala dan banyak lagi.
“Justeru ambillah peluang datang di sini untuk menikmati air kelapa muda Pandan yang hnya terdapat di sini”, jelas Sharina antara tiga Staf bertugas di RRF.
Beliau memaklumkan, harga sebiji kelapa muda yang mereka jual adalah mengikut saiz klu yang besar RM10 dan yang kecil RM8 sahaja.
“Banyak bekalan kami sediakan untuk dijual kepada pengunjung (pelancong) setiap hujung minggu terutama hari kelepasan am atau musim cuti sekolah.
“Namun sepanjang bulan puasa Ramadan ramai beragama Islam berpuasa maka peminat buah kelapa agak menurun”, tambah Sharina.
          Â