SIMBOLIK…. Ernie (tengah) bersama Marysia (kiri) dan Catherina memotong sayur sawi simbolik perasmian penutupan Minggu Terbuka Taman Pertanian.
LABUAN: Minggu Terbuka Pertanian Kilan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Labuan dengan kerjasama beberapa agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberi manfaat berguna kepada pengusaha pertanian di pulau ini.
Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Bashir Alias berkata, program tersebut bukan sahaja dapat memberi peluang kepada pengusaha pertanian untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai perkongisan pengembangan teknologi, kreativiti dan inovasi tetapi juga dapat mempromosikan Taman Pertanian Kilan sebagai lokasi Agropelancongan kepada pengunjung.
“Kita harapkan segala ilmu yang didedahkan boleh dijadikan informasi terkini untuk diaplikasikan sekaligus membantu pengusaha pertanian mengembangkan hasil pertanian mereka” katanya sempena Majlis Perasmian Penutupan Minggu Terbuka Taman Pertanian Kilan, di sini, pada Khamis.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Jabatan Sosio Ekonomi Perbadanan Labuan, Ernie Mohammad.
Pada majlis itu turut diadakan penyampaian Anugerah Pengusaha tanaman dan Agropreneur Muda kepada tiga pengusaha peertanian.
Mereka terdiri daripada Tommy Teo Whee Phin yang menerima angugerah Pengusaha Berwawasan, puan Sweni Bagang menerima anugerah Pengusaha Tani terbaik dan puan Azlin A. Manan menerima anugerah Peserta Agropreneur Muda.
Hadir sama pada majlis itu Pengarah Jabatan Pertanian Wilayah Persekutuan Labuan, Marysia Modingin dan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Wilayah Persekutuan Labuan, Catherina Edward.
SIMBOLIK…. Ernie (tengah) bersama Marysia (kiri) dan Catherina memotong sayur sawi simbolik perasmian penutupan Minggu Terbuka Taman Pertanian.
2.ANUGERAH… Tommy (tiga dari kiri), Sweni (dua dari kiri) dan Azlin (tiga dari kanan) bersama sijil anugerah yang dimenangi.



