29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Minamasok minta pihak berkuasa siasat dan ambil tindakan pemilik akaun fb Muhammad Zahid Al-Sulaiman yang menghina orang asal Sabah.

Dimie (duduk tujuh dari kanan)bersama Peter (enam dari kanan)bersama barisan AJK dan ahli persatuan yang hadir pada mesyuarat itu.

KENINGAU:Persatuan Dusun Minamasok Borneo Utara memandang serius tentang isu yang telah tular di media sosial yang menghina dan membuat provokasi terhadap masyarakat orang asal Sabah. 

Presiden Minamasok Dimie Guntob @ Dimie Bin Said berkata, baru-baru ini tular di media sosial seorang individu yang memuat naik kata-kata kesat yang menghina orang asal Sabah melalui akaun facebook Muhammad Zahid Al-Sulaiman.

Katanya, berikutan dengan isu tersebut beberapa persatuan orang asal Sabah dan kelompok masyarakat telah membuat laporan polis.

Sehubungan dengan itu Dimie menegaskan agar laporan-laporan polis berkenaan disiasat dan diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

 “Sebagai masyarakat orang asal Sabah, Minamasok memandang serius isu ini dan berharap individu berkenaan dapat dikesan dan diambil tindakan yang wajar”  katanya kepada stringer Borneo Daily  Bulletin selepas mesyuarat pertama AJK Persatuan 2022 di bilik mesyuarat  Restoran Dimie Pedalaman Resort pada Sabtu lepas.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Penasihat Minamasok Peter Alion.

Tambah Dimie, Persatuan mengingatkan kepada semua kelompok masyarkat diluar sana supaya sentiasa mengamalkan semangat toleransi dan saling hormat menghormati diantara lapisan masyarakat lain untuk mengekalkan keharmonian hidup di negeri Sabah ini.

Pada masa sama Dimie berkata, Persatuan juga memandang serius tentang isu-isu pemilikan tanah dikalangan orang asal Sabah. 

Beliau berharap kerajaan Negeri Sabah dapat membantu untuk memudahkan orang asal Sabah dalam pemilikan tanah. 

“Dengan keadaan Negara dilanda masalah kesihatan berikutan pendemik Covid-19 dan ditambah lagi keadaan politik negara yang tidak stabil, telah menjejaskan taraf hidup orang asal Sabah termasuk pengurusan pemilikan tanah” katanya.

Sehubungan dengan ini katanya  Kerajaan Negeri Sabah diminta untuk berusaha mengurangkan beban hidup orang asal Sabah. 

“Dengan situasi kenaikan harga bahan input pertanian  telah memberi kesan yang mendalam kepada sosioekonomi orang asal Sabah kususnya di Pedalaman” jelasnya.

Dalam hal ini katanya, pemimpin politik harus la berhenti bermain politik dan sepatutnya berusaha memberi fokus membantu rakyat dan membangunkan Negeri Sabah selaras dengan slogan Sabah Maju Jaya (SMJ).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN