24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Mimie Duasah dipilih Presiden Persatuan Pemandu Pelancong Labuan sesi 2021-2023

GAMBAR: MIMIE (empat dari kanan) bersama Tan Poh Tong (tiga dari kanan) bersama barisan baharu Persatuan Pemandu Pelancong Labuan 2021-2023

LABUAN: Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN)  Labuan, Mimie Duasah dipilih sebagai Presiden  Persatuan Pemandu Pelancong Wilayah Persekutuan Labuan untuk sesi 2021-2023.

Mimie dipilih untuk menggantikan mantan Presiden persatuan itu Tan Poh Tong yang melepaskan jawatan wajib selepas empat tahun (dua penggal)  memeggang jawatan itu pada Mesyuarat Agung yang diadakan di hotel Lazenda Labuan, baru-baru ini.

Turut dipilih pada mesyuarat itu ialah Chai Sing Tang  (Timbalan Presiden), Teo Pai Yuan (Naib Presiden), Kok Su Kian (Setiausaha) dan Shireen Tan Chiew Mae sebagai Timbalan Setiausaha.

Sementara itu, Evelyn Wong dipilih  sebagai Bendahari, Hii Kai Chuan (Timbalan Bendahari), Chang Shan Pang (Pematuhan dan Tatatertib) dan Samantha Mae Lim dipilh sebagai Pegawai Perhubungan Masyarakat dan Acara.

Sementara itu, Mimie dalam ucapan sulungnya selepas dipilih  berkata,  beliau merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli kerana diberi  kepercayaan kepada beliau untuk menerajui persatuan tersebut   dan berjanji akan melakukan yang terbaik untuk  persatuan  sekaligus dapat menyumbang kepada pembangunan  industri pelancongan di pulau ini.

“Saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dan memanfaatkan pengalaman saya ketika bertugas sebagai Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Labuan, untuk menerajui persatuan ini dan seterusnya mampu  menyumbang dan membangunkan industri pelancongan Labuan” katanya.

Beliau juga berharap ahli-ahli jawatankuasa yang  dipilih akan dapat memberikan kerjasama bukan sahaja  untuk meningkatkan kualiti pemandu pelancong di Labuan  tetapi juga dalam membantu kerajaan memutuskan rantaian wabak COVID 19 yang menjadi salah satu penyebab industri pelancongan ketika ini  merudum. 

Mimie juga mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa  sebelum ini yang  diketuai oleh Tan Poh Tong  atas kepimpinan dan sumbangan yang  menakjubkan ketika mereka menerajui Persatuan Pemandu Pelancong Labuan.

Sementara itu, Tan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli atas sokongan mereka sejak penubuhan persatuan itu empat tahun lalu sehingga  berjaya menyempurnakan misinya untuk industri pelancongan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN