27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MILO® Champions Clinic: E-Coaching Lembaran Baharu Pembangunan Sukan Akar Umbi MILO®

Pelancaran MILO Champions Clinic: E-Coaching. (Dari kiri) Kerwin Lim, Pengurus Pemasaran Sukan – MILO®, Chiew Chun Yong (Futsal), Yoong Sze Yuin (Bola Keranjang), dan Daphne Ng (Badminton), Jurulatih-Jurulatih MILO® Champions Clinic E-Coaching dan Rashid Sidek, Jurulatih Jemputan (Badminton) MILO® Champions Clinic E-Coaching

Labuan: MILO®, peneraju kemajuan sukan peringkat akar umbi selama 70 tahun, kini menyemarakkan usahanya untuk memupuk minat terhadap sukan dalam kalangan kanak-kanak menerusi pelancaran MILO® Champions Clinic: E-Coaching.

Pengurus Pemasaran Sukan MILO® Champions Clinic, Kerwin LIM berkata, inisiatif terbaharu ini merupakan sebahagian daripada matlamat MILO® untuk memupuk gaya hidup aktif bagi seluruh rakyat Malaysia di bawah gerakan MILO® Aktif Negaraku dengan menyediakan sebuah platform untuk meningkatkan akses kepada sukan.

Beliau berkata, MILO® Champions Clinic: E-Coaching merupakan lanjutan daripada MILO® Champions Clinic, iaitu program latihan sukan peringkat permulaan yang dibangunkan secara khusus untuk menggalakkan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun kekal aktif serta memupuk minat mereka terhadap sukan. Dengan menggunakan teknologi dalam talian untuk capaian yang lebih luas, ia melangkaui sempadan geografi untuk membawakan MILO® Champions Clinic ke lebih banyak tempat, sekali gus berkongsi manfaat sukan dengan lebih ramai kanak-kanak, keluarga dan komuniti.

“Kami percaya bahawa sukan adalah guru terbaik yang mendidik nilai-nilai murni. Ini terus mendorong usaha kami membuka lembaran baharu untuk membantu kanak-kanak mendapatkan akses kepada kebaikan sukan. Malahan, akses kepada sukan ini perlu dipertingkatkan dalam keadaan situasi semasa. Menerusi MILO® Champions Clinic, kanak-kanak bukan sekadar dapat kekal aktif secara selamat, malahan mempelajari nilai-nilai murni seperti kecekalan, kegigihan, ketabahan serta semangat takkan gentar yang hanya dapat dipupuk melalui sukan untuk membantu mereka melangkah jauh dalam menghadapi cabaran masa kini,” katanya. Dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Menurut Kerwin, sebagai pelengkap program MILO® Champions Clinic yang sedia ada, MILO® Champions Clinic: E-Coaching menumpukan fokus pada tiga jenis sukan yang paling sesuai untuk latihan di rumah serta dalam talian, iaitu badminton, futsal dan bola keranjang.

Ia juga katanya, membawakan kembali banyak ciri-ciri asalnya terutamanya latihan bertaraf dunia bersama jurulatih-jurulatih kebangsaan yang menghasilkan modul latihan berkenaan. Kembali untuk melatih kanak-kanak adalah Daphne Ng (badminton), Chiew Chun Yong (futsal) dan Yoong Sze Yuin (bola keranjang). Legenda badminton Rashid Sidek, bekas kapten pasukan bola keranjang wanita kebangsaan Nur Izzati Yaakob dan bintang bola sepak kebangsaan yang sedang melonjak popular Nik Akif Syahiran masing-masing akan membuat penampilan khas dalam salah satu sesi latihan dalam talian.

Sementara itu, MILO® Champions Clinic: E-Coaching menawarkan latihan selama 5 minggu di rumah, di mana setiap minggu, kanak-kanak akan mempelajari kemahiran asas dengan menonton video terlebih dahulu, diikuti dengan sesi latihan berkumpulan dalam talian bersama jurulatih. Dalam sesi ini, jurulatih akan berinteraksi dengan kanak-kanak dan menjejak kemajuan mereka untuk memastikan mereka mempelajari teknik yang betul.

Kelas akan bermula 10 Oktober sehingga 22 November 2020. Daftarkan anak anda dalam MILO® Champions Clinic: E-Coaching sekarang dengan pakej lengkap pada RM85 yang merangkumi peralatan sukan seperti bola keranjang, futsal dan raket badminton. Terdapat juga pakej asas dengan yuran serendah RM50. Pendaftaran berdasarkan yang cepat didahulukan (first come, first serve). Layari www.milo.com.my untuk maklumat lanjut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN