GAMBAR: MENTERI Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin menandatangani buku lawatan sebaik tiba di Wisma Perbadanan Labuan sambil disaksikan oleh Dr Fary (dua kanan)
LABUAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Aminuddin Harun mengetuai delegasi kerajaan negeri mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Wilayah Persekutuan Labuan bermula pada Selasa.
Turut sama dalam rombongan Menteri Besar itu ialah Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Khidir Majid, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN, Dato’ Muhamad Nahar Mohd Sidek, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Rozitta Sulaiman, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Datin Norasikin Noordin, Timbalan Pengarah UPEN, Nurhazelin Makli, serta Bendahari Negeri, Mohd Azraai Md Aznan.
Ketibaan delegasi di lapangan terbang Labuan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman.
Sebaik sahaja tiba di Labuan , Dato’ Seri Aminuddi serta rombongan telah mengadakan lawatan ke Perbadanan Labuan untuk mendengar taklimat mengenai pembangunan Labuan serta peluang pelaburan yang diadakan di Bilik Cemerlang Wisma Perbadanan.
Pada hari kedua sesi lawatan, Aminuddin dijangka akan mengadakan perbincangan bersama delegasi untuk memuktamatkan Belanjawaan Negeri Sembilan Tahun 2022 yang akan diadakan di Hotel Dorsett Grand.
Selain itu, delegasi berkenaan turut mengadakan lawatan ke Pulau Rusukan untuk meninjau Pusat Konservasi Penyu.
Diakhir sesi lawatan delegasi berkenaan akan diraikan dalam satu Majlis Makan Malam bersama Perbadanan Labuan yang akan diadakan Restoran Anjung Ketam.