31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MENGHULURKAN BANTUAN: LAWATAN KEBAJIKAN PVKMS KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI SABAH

SERAH…Wakil rombongan menyerahkan sumbangan kepada Nur Idayu

SEMPORNA : Persatuan Veteran Komando Malaysia Sabah (PVKMS) telah menganjurkan lawatan kebajikan ke rumah Nur Idayu Binti Abdullah di Kampung Look Butun, Pulau Bum-Bum, Semporna.

Puan Nur Idayu merupakan pesara tentera dan keluarga mangsa kebakaran yang memerlukan bantuan dan sokongan moral.

Dalam lawatan tersebut, PVKMS membantu kepada keluarga mangsa yang terjejas oleh kebakaran dengan memberikan sokongan emosi kepada Nur Idayu dan keluarganya.

Rombongan berharap bantuan dan perhatian yang diberikan dapat meringankan beban keluarga tersebut dalam menghadapi cabaran selepas kejadian kebakaran.

“PVKMS sentiasa memberi komitmen pertolongan kepada komuniti dalam masa krisis seperti ini, kami menunjukkan semangat kesatria dan kepedulian terhadap kebajikan masyarakat.

“Lawatan kebajikan ini juga memperlihatkan solidariti di kalangan ahli PVKMS dan kesediaan mereka untuk membantu saudara-saudara seangkatan yang mengalami kesulitan.

“Lawatan kebajikan ini merupakan salah satu Program Ready For Welfare PVKMS 2024 dalam memberi kembali kepada masyarakat dan membantu individu yang memerlukan sokongan. PVKMS akan terus membantu dan menyokong keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan dalam komuniti veteran tentera”,tambah Presiden PVKMS, Abdul Masik Kabul ketika ditemui.

Turut Hadir ialah, Musmalady Rabayani, Ketua Zon Lahad Datu/Semporna PVKMS, Abdul Karim Hj Darim, Ketua Komuniti Persatuan Veteran Semboyan Diraja Negeri Sabah (PVRSDS) Zon Semporna, Madg Sarip Saleh, Setiausaha PVKMS dan Mohd Arbi Sabadari, Bendahari PVKMS.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN