31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Memartabatkan warisan budaya Kadazan Dusun melalui aktiviti sosial

JAHID Memalu gong sebagai simbolik perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Lapai, sambil disaksikan oleh tetamu yang lain

TAMPARULI: Golongan muda perlu aktif dalam aktiviti sosial melibatkan budaya dan bangsa sebagai satu cara memartabatkan warisan budaya Kadazan Dusun.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata, generasi muda perlu giat dalam memperkenalkan budaya dan bahasa kaum mereka agar terus terpelihara.

“Golongan muda merupakan generasi yang menjadi pewaris kepada warisan zaman-berzaman kita,”.

“Justeru, kita sentiasa memberi peluang serta galakan kepada golongan muda untuk melibatkan diri dalam aktiviti budaya bagi menonjolkan keunikan tradisi bangsa kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Lapai, dekat sini hari ini.
Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK), Dominic @ Joseph Nuar, dan Pengerusi Penganjur La Salle Tan.

Jahid yang juga Timbalan Presiden KDCA, berkata, penglibatan belia dalam aktiviti seperti Kaamatan dilihat sebagai kayu pengukur kepada golongan tersebut agar menjadi pewaris yang dapat dibanggakan.

Dalam pada itu, beliau menyeru penduduk kampung terutamanya anak-anak muda agar sentiasa menjaga kelestarian budaya dan bangsa agar tidak hilang dalam arus peredaran zaman.

“Walaupun sambutan sebenar berakhir pada hujung Mei lalu, tetapi Pesta Kaamatan menjadi tanda untuk bersyukur, berterima kasih, dan membudayakan semangat perpaduan, dan ini tidak ada tempoh hadnya,” katanya.

Antara aktiviti pengisian program termasuklah nama bertuah, Sugandoi, Bina Badan Kanak-Kanak, dan pertandingan masakan tradisi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN