30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Melanjutkan pengajian, Valerina Violet Velarian terima sumbangan kewangan daripada adun bingkor,

George (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Velarian Anggi Kathil Toyong mewakili anaknya.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)BingkorDatuk Robert Tawik @ Nordin memberikan sumbangan kewangan kepada adik Valerina Violet Velarian yang  akan melanjutkan  Pengajian ke Institut  Pengajian  Tinggi. 

Adik Valerina Violet mendapat tawaran di  Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dalam bidang Kejururawatan.

Sumbangan ini diperlukan untuk membiayai kos berkaitan semasa memulakan sesi pengajian sementara menunggu pembiayaan pengajian  diluluskan.

Pemaju Mukim Bingkor George Dairie menyampaikan sumbangan kewangan itu kepada Velarian Anggi Kathil Toyong mewakili anaknya.

Bapa adik Valerina Violet, Velarian Anggi Kathil Toyong mengucakpan  terima Kasih atas keprihatinan  Robert menghulurkan sumbangan tersebut.

Turut menerima sumbangan daripada Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya adalah Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah St. Francis Xavier Keningau

Sumbangan tersebut untuk membiayai kos  melaksanakan program ‘KERANA DIRIMU AMAT BERHARGA’ yang telah dimulakan sejak bulan ogos lalu bagi membantu murid-murid yang menghadapi masalah kewangan dan seterusnya memberi motivasi kepada semua murid untuk terus mengikuti PDPR.

Dengan adanya sumbangan wakil rakyat Bingkor itu  dapatlah program tersebut dijalankan seperti yang telah dirancangkan dan juga  diharapkan dapat memberi suntikan bagi menjayakan program.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Bingkor Junior Fred Vincent kepada Cikgu Letty Leo bagi pihak PIBG SM St Francis Xavier.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN