Roger Juanis mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Rosdee Razali (kiri)ayah adik Raz Hadebe.
KENINGAU:Lima orang pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT ) menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Sumbangan Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah itu masing-masing disampaikan oleh Staf ADUN N.40 Bingkor Roger Juanis dan Sonjah Junaidi.
Pelajar tersebut adalah adik Raz Hadebe Rosdee, yang diwakili oleh ayahnya Rosdee Razali.
Selain Raz Hadebe dua adik beradik iaitu adik Natasha LV Alexius dan adik Natali AV Abantug Alexius yang masing masing akan melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diwakili oleh ayah mereka juga menerima sumbangan dari Robert.

Sonjah (kanan) mewakili Robert menyampaikan sumbangan kepada Abantug Alexius mewakili dua orang anaknya. Manakala adik Elvinus (kiri) menerima sumbangan dari Sonjah.
Dua orang lagi pelajar iaitu adik Elvinus Basil dan adik Kevin Crescens Lawrance @ Sylverinus masing-masing mengambil Peringkat Diploma dan Kemahiran turut menerima sumbangan.
Robert, mengucapkan tahniah kepada kelima-lima pelajar tersebut atas kejayaan menerima tawaran ke Institut Pengajian Tinggi.
Beliau berharap kelima-lima pelajar itu dapat menumpuhan sepenuhnya pengajian mereka dan memperolehi keputusan yang cemerlang.
Sementara itu, para penerima sumbangan tersebut berterima kasih dan menghargai sumbangan yang diberikan.
“Dengan sumbangan ini dapatlah sedikit sebanyak meringankan bebanan kami dalam menyediakan keperluan ke IPT” kata mereka.