28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MDR cadang sediakan tong sampah tiga warna, bertujuan didik masyarakat

Antara peserta gotong royong merakam gambar bersama Juelber(belakang tiga kiri) dan Tan Eng Sing( belakang empat kiri)selepas bergotong royong.

RANAU: Majlis Daerah ini(MDR), bercadang akan menempatkan  tiga warna tong  sampah di beberapa lokasi sekitar kawasan pekan Ranau sebagai kemudahan awam  membuang sampah dengan lebih teratur mengikut label  pada tong sampah berwarna biru, jingga dan coklat yang disediakan.

Penolong Pegawai Kesihatan  Persekitaran MDR, Juelber Albert memberitahu kaedah itu difikirkan perlu untuk mendidik masyarakat agar tidak membuang sampah sarap merata tempat terutama jenis kaca, tin atau  plastik  yang tidak mudah reput sebaliknya boleh dikitar semula.

Orang ramai katanya, boleh melihat pada  pelekat setiap tong sampah yang letakkan.

“Dengan cara itu juga mendidik masyarakat supaya mengetahui   kaedah  membuang benda-benda
yang boleh dikitar semula”, jelas Juelber ketika memberi taklimat kepada lebih 80 orang peserta gotong royong  membersihkan kawasan pekan di sinibaru-baru ini.

Beliau menegaskan gotong royong kali ke-4 itu merupakan anjuran Rakan Taman  MDR dengan kerjasama Jawatankuasa Kesejahteraan Dalam Bandar( JKDB) dan Jabatan Kesihatan daerah Ranau, bertujuan meningkatkan kesederan awam terhadap kepentingan kebersihan dan kualiti kesihatan awam menerusi persekitaran yang bersih.

“Kita merakam penghargaan dan terima kasih atas kehadiran ramai ke gotong royong ini yang merupakan program penting  diadakan dari masa ke semasa”, jelas Juelber.

Turut hadir  menyampaikan taklimat dan menyertai gotong royong setengah hari itu ialah, Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan daerah Ranau, Dr.Wong dan Pembantu Tadbir Kanan  MDR  merangkap Pegawai  Penyelaras Rakan Taman  MDR 2023, Agnes Tan.

Sementara hadir sama dan  menyertai Gotong Royong  itu ialah, Pegawai Jabatan Penerangan (JaPen) Ranau, Kenny Thomas, Pengerusi JKDB, Tan Eng Sing bersama  ahli Jawatankuasa  JKDB, para Sukarelawan daripada Puspanita, para pengusaha Premis, para kakitangan jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan serta Swasta.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN