ADVERTISEMENTspot_img

MDK FC muncul juara kejohanan Keningau Premier League 2022

Robert diiringi oleh Rafie menyampaikan hadiah kepada pasukan MDK FC yang muncul juara.

KENINGAU:MDK FC muncul sebagai juara kejohanan Keningau Premier League 2022 Piala Yang Berhormat Datuk Robert Tawik selepas menewaskan SUNDAMAI FC pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan di sini semalam.

Gol tunggal kemenangan MDK FC dijaringkan oleh Denddy Lowa hasil hantaran Frankey Ayoh pada minit ke 18  separuh masa pertama.

Pada separuh masa pertama MDK FC terus melakukan serangan demi serangan untuk mendapatkan gol tambahan namun kedudukan kekal 1 –  0 sehingga pengadil utama perlawanan Victor Joannes wisel penamat separuh masa pertama.

Begitu juga dengan SUNDAMAI FC yang melakukan serangan balas untuk mendapatkan gol penyamaan namun percubaan demi percubaan penyerang SUNDAMAI FC yang turut mampamerkan permainan cemerlang pada malam itu berjaya dihalang oleh penjaga gol MDK FC Ardling Raim @ George yang dianugerahkan penjaga gol terbaik diakhir kejohanan.

Pasukan SUNDAMAI FC yang menduduki tempat kedua merakamkan gambar kenangan selepas menerima hadiah.

Bersambung babak separuh kedua, SUNDAMAI FC terus melakukan serangan balas namun kubu pertahanan MDK FC yang kelihatan kental menafikan percubaan demi percubaan penyerang SUNDAMAI FC untuk mendapat gol penyamaan dan harapan untuk mengubahkan kedudukan.

MDK FC juga terus berusaha melakukan serangan demi serangan untuk mendapatkan gol tambahan namun kubu pertahanan SUNDAMAI FC berjaya menghalang penyerang-penyerang MDK FC sehingga wisel penamat perlawanan dibunyikan oleh pengadil. 

Pada perlawanan akhir itu, pengadil melayangkan dua kad kuning masing-masing kepada Denddy Lowa dari pasukan MDK FC dan Jainus Risik dari pasukan SUNDAMAI FC.

Terdahulu APRISMA FC menewaskan THE TITAN FC 4 – 0 dalam saingan merebut tempat ketiga.

MDK FC yang dinobatkan dalam kejohanan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.00 berserta trofi (piala)dan medal.

SUNDAMAI FC yang bepuas hati di tempat kedua membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.00 berserta tropi dan medal.

Sementara itu APRISMA FC dan  THE TITAN FC yang menduduki tempat ketiga dan keempat masing-masing menerima hadiah RM3,000.00 dan RM2,000.00 berserta tropi dan medal.

Majlis penyampaian hadiah kejohanan yang menyaksi kehadiran lebih kurang 5,000 penonton itu disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya yang juga ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Hadir sama Presiden Keningau FA Rafie Robert dan barisan Ahli Jawatankuasa penganjur.

Diakhir kejohanan itu Pasukan SUNFLOWER FC diumumkan sebagai  pasukan terbaik manakala Nafli Kinuli dari pasukan SUNDAMAI FC dan Ardling Raim @ George dari pasukan MDK FC masing-masing menerima anugerah pemain terbaik dan penjaga gol terbaik.

Pengadil utama perlawanan akhir Victor Joannes dibantu oleh  Frederick Stephen pengadil kedua, Ronny Ayub (ketiga)dan Jisham Jenteri (keempat).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN