24 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MAYAT WANITA DITEMUKAN GANTUNG DIRI

DSP Simiun Lomudin, Ketua Polis Daerah Ranau

RANAU: Seorang wanita tempatan ditemukan mati dalam keadaan tergantung di sebuah bilik sewa di Koisaan Point, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Simiun Lomudin berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian tersebut pada pukul 11.00 pagi.

Katanya, mayat wanita berusia lingkungan 20an itu yang berasal dari Daerah Tamparuli, telah ditemukan dalam keadaan tergantung di dalam bilik sewanya oleh rakan sekerja mangsa dan dua jiran penyewa.

“Siasatan awal mendapati, mayat mangsa dijumpai oleh rakan sekerjanya semasa datang untuk mengambil kunci kedai disimpan mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai di pekan Ranau.

“Terdahulu rakan mangsa yang juga saksi telah menghubungi telipon bimbit mangsa tetapi tidak dijawab, lalu mengambil keputusan datang sendiri ke tempat tinggal mangsa untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

“Ketika saksi tiba di bilik sewa mangsa, didapati pintu bilik berkenaan terkunci dari dalam,” katanya kepada Borneo Daily Bulletin, hari ini.

Menurut Simiun, saksi bertindak mengetuk pintu bilik sambil memanggil nama mangsa namun tiada sebarang tindak balas.

“Saksi kemudiannya turun ke bawah untuk berjumpa dengan pemilik kediaman tersebut dan meminta kunci pendua.

“Selepas mendapat kunci, saksi bertindak membuka pintu bilik dengan bantuan dua orang jiran mangsa yang sama-sama menyewa bilik di rumah itu.

“Sejurus sahaja pintu bilik dibuka, saksi menemukan rakannya (mangsa) dalam keadaan tergantung dengan tali. Saksi dan jiran mangsa seterusnya bertindak memotong tali dengan menggunakan gunting,” jelas Simiun.

Menurut beliau lagi, setakat ini belum ada sebarang bukti dikesan yang boleh mengaitkan kematian mangsa dengan unsur jenayah.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Ranau untuk pemeriksaan dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu sisatan lanjut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN