28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Mayat seorang lelaki ditemukan dalam kawasan kebun.

Keadaan mayat seorang lelaki ketika ditemui pemilik kebun- foto Netizen

TUARAN: Mayat seorang lelaki ditemukan mati dalam kawasan kebun di Tuaran sekitar pukul 9 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim ketika mengesahkan penemuan mayat tersebut berkata, mayat berkenaan ditemui pemilik kebun yang kemudiannya telah menghubungi pihak polis.

Katanya, siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan dikesan pada tubuh mangsa dan kad pengenalan diri serta duit mangsa berada pada mangsa.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Tuaran untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengesan punca kematian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelasnya.http://Borneo Daily Bulletin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN