31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Mayat remaja perempuan mangsa bunuh ditemui dalam kebun getah

Sumber: Awani

Mayat seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dipercayai dibunuh ditemui di kawasan kebun getah di Pokok Pauh Dalam, Lesong, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mayat mangsa yang memakai kemeja-T hitam dan berseluar pendek ditemui  kira-kira jam 7.45 malam Selasa oleh penduduk kampung.

Katanya, pemeriksaan menemui kesan kecederaan pada paha kanan mangsa.

“Mayat itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

“Identiti mangsa sudah dikenal pasti dan dicam oleh ibunya hari ini. Dia menetap di Pekan Air Hitam ,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, susulan itu, polis menahan sembilan individu membabitkan enam lelaki dan tiga wanita berusia antara 13 hingga 33 tahun.

“Hasil soal siasat, kesemua suspek mengaku berada bersama mangsa dan berparti bersama pada malam Ahad hinggga pagi Isnin,” katanya.

Katanya, kesemua suspek telah direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 18 Mei untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ahmad Shukri berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati salah seorang daripada sembilan suspek positif ketamin. -Awani

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN