27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Mayat nelayan ditemukan terapung di Pulau Ular Layang-Layangan

MAYAT mangsa sebelum dibawa kehospital Labuan untuk bedah siasat.

LABUAN: Mayat seorang nelayan tempatan ditemukan terapung bersama bot di perairan pantai berhampiran Pulau Ular, kira-kira 2 kolometer dari Taman Damai Kampung Layang-Layangan pada awal pagi Ahad.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa ditemui oleh seorang nelayan yang melihat mangsa dalam keadaan terapung berdekatan dengan bot sebelum mengubungi pihak bomba bagi mendapat bantuan.

“ Anggota Bomba dan Penyelamat tiba ditempat kejadian untuk membawa mangsa ke tepi pantai di Taman Damai, bagaimanapun mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut dipanggil ketempat kejadian” katanya dalam kenyataan media di sini.

DITEMUKAN.. pihak anggota bomba membawa mangsa ke tepi pantai Taman Damai selepas ditemukan terapung di perairan Pulau Ular Layang-Layangan, awal pagi Ahad.

Beliau berkata mangsa yang dikenali sebagai Mohd Yassin Khamis, 68 merupakan seorang pesara dari Kampung Kilan Pulau Akar telah keluar untuk menangkap ikan kira-kira jam 4.50 pagi dalam keadaan cuaca yang kurang baik dan laut bergelora.

Sementara itu mayat mangsa yang turut dikenali sebagai Janai di kalangan penduduk setempat telah dibawa ke hospital untuk tujuan bedah siasat.

Dalam pada itu, polis mengklafikasikan kes terebut sebagai kes mati mengejut.

TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN