ADVERTISEMENTspot_img

Mayat mangsa disyaki lemas pada Khamis ditemui pagi Sabtu


RANAU: Mayat seorang remaja lelaki yang lemas di Sungai Sugut dekat Kampung Merungin 2 pada tengah hari Khamis  berjaya ditemui kira-kira jam 8.41 pagi ini (Sabtu).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Negeri Sabah dalam satu kenyataan hari ini berkata, mangsa, ditemui orang kampung kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa mula-mula hilang.

Menurut kenyataan itu, gerakan mencari dan menyelamat oleh pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) serta pasukan penyelamat dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Ranau melakukan  ‘Surface Rescue’ and ‘Under Water Rescue’ di sepanjang laluan sungai tersebut.

HUBUNGI KAMI UNTUK PERKHIDMATAN

“Operasi diteruskan dengan jarak pencarian, dua hingga tiga kilometer dari lokasi terakhir mangsa dikhutiri lemas sebelum ditemui penduduk kampung yang turut serta dalam operasi berkenaan.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh polis dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan, dan operasi ditamatkan pada jam10.30 pagi,” menurut kenyataan.

Mayat mangsa lemas ditemui

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Shahrul Datuk Haji Wahab dalam laporan pada Jumaat mengesahkan, seorang lelaki dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas ketika aktiviti menangkap ikan di Sungai Sugut dekat Kampung Merungin 2 pada tengah hari Khamis.

Katanya, kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu mengakibatkan mangsa yang dikenali sebagai Hazrul Azha Joseph 21 tahun dilaporkan hilang.

“Mangsa dikatakan bersama beberapa rakan turun ke sungai menangkap ikan sebelum mangsa dilihat tiba-tiba dibawa arus deras sebelum hilang, menurut saksi.

“Usaha awal mencari dan menyelamat oleh orang kampung telah dijalankan di sekitar lokasi kejadian dalam jarak lebih kurang 150 meter tetapi mangsa tidak dijumpai,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dipergiat bersama anggota polis IPD Ranau, anggota bomba dan penyelamat  dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Ranau, Kota Marudu dan Kita Kinabalu. Peralatan Scuba turut digunakan. Operasi SAR turut dibantu anggota RELA dan penduduk kampung.-TAMAT-

Sent from Yahoo Mail on Android

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN