26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Disember 1, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Masjid Sultan Muhamamd 5, laksanakan  penyembelihan korban secara inovasi

MELAPAH…. sebahagian petugas ketika  melapah kulit lembu korban  yang dilakukan secara terautur dan kemas.

LABUAN: Jawatankuasa Masjid Sultan Muhammad ke 5, Lajau melaksanakan ibadah korban  dengan  secara berinovasi untuk memastikan ibadah tersebut berjalan secara teratur, selamat dan bersih serta dapat mengurangkan tenaga kerja dan masa.

Menurut Penyelaras Program Ibadah Korban Masjid Sultan Muhammad  ke 5,  Mohd Hafizi Ismail, pada tahun ini sebanyak 8 ekor lembu telah disembelih untuk ibadah korban yang dilaksanakan secara mempraktikan inovasi yang diperkenalkan oleh jawatankuasa itu sejak tahun lalu.

“ Sistem inovasi yang kita telah guna pakai buat kali pertama pada tahun lalu bukan sahaja  dapat memudahkan pelaksanaan ibadah korban secara efisyen, bersih dan selamat, tetapi juga dapat mengurangkan tenaga kerja dan masa serta patuh kepada syariah yang telah ditetapkan” katanya.

Beliau  berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Ibadah Korban Masjid Sultan Muhammad ke 5, di sini pada Sabtu.

Hafizi berkata, melalui sistem inovasi itu, kerja-kerja yang dilakukan dapat dijalankan secara teratur bemula daripada kandang penyimpanan sementara haiwan korban sehinggalah proses agihan  yang membabitkan lima kumpulan.

Program yang bermula seawall jam 7 pagi itu  melibatkan secara keseluruhannya  seramai 80 petugas yang terdiri dariapada ahli Jawatankuasa Masjid Sultan Muhammad ke 5 serta beberapa penduduk sekitar  yang terpilih.

Sementara itu, daging-daging korban tersebut telah diagihkan kepada golongan asnaf yang terdapat disekitar kawasan masjid berkenaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN