25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor menerima dua set penghawa dingin

Haji Yazid (kiri)menyampaikan penghawa dingin itu kepada Kamaruddin. Turut kelihatan Usaid (tengah)

KENINGAU:Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor menerima dua set penghawa dingin yang disumbangkan olen seorang dermawan Tuan Haji Julkifli Haju Juhuri.

Sumbangan penghawa dingin yang akan  dipasang di masjid tersebut disampaikan oleh Ketua Biro Agama DUN N.40 Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles mewakili Tuan Haji Julkifli kepada Setiausaha Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Tuan Kamaruddin Said.

Haji Julkifli merupakan pesara perkhidmatan awam dan menjawat sebagai  Pegawai Pertanian Kanan Daerah Tawau sebelum bersara.

Beliau juga pernah  bertugas sebagai  Pegawai Pertanian Daerah Keningau.

Kamaruddin yang menerima sumbangan itu merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan  Haji Julfkli diatas kemurahan hati menyumbangkan penghawa dingin tersebut.

Katanya, pada masa ini, masjid tersebut  belum mempunyai penghawa dingin.

“Dengan adanya penghawa dingin, para jemaah akan selesa dalam mengerjakan sembayang dan juga semasa mengadakan program-program keagamaan” kata Kamaruddin.

Masjid berkeluasan  40 x 30 kaki itu kebiasaannya boleh memuatkan seramai 80 – 100 orang jemaah.

Turut hadir pada majlis penyerahan ringkas itu, Bendahari Masjid Usaid Haji Sukimin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN