30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Masjid dan Surau kawasan Bingkor terima sumbangan kewangan sempena Ramadan

Haji Yazid (lima dari kanan) bersama sebahagian penerima sumbangan.

KENINGAU: Sebanyak 10 Masjid 11 Surau menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin sempena bulan Ramadan tahun ini.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Biro Agama DUN N.40 Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles mewakili Robert kepada Pengerusi-Pengerusi Masjid dan Surau di kawasan ini.

10 Masjid menerima sumbangan ialah Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor, Masjid Ar Rasyid Kg Kota Ayangan, Masjid Ukhwah Kg Apin-Apin, Masjid Riyadatusolihin Kg Merampong, Masjid Al Huda Kg Kirokot, Masjid Ar RaudahKg Mengitom Baru, Masjid Al Malik Kg Baginda, Masjid Nur Islam Kg Binaong, Masjid At Taqwa Daerah Keningau dan Masjid Ar Rahim Pekan Keningau.

Manakala sebanyak 11 buah surau iaitu Surau Otmania Kg Sandapak, Surau IMHKg Lamanga, Surau Kg Kilambang, Surau Al Arraf Kg Tagai, Surau Al Islaahiyah Kg Bunga Raya, Surau Sri Kamisa Kg Tuarid Taud, Surau Al Hidayah Kg Tohan Baru, Surau An Nur Kg Bandukan Baru, Surau Seri Taratai Kg Kota Ayangan, Surau Hajah Rihana Kg Dangulad dan Surau Nur
Ikhwan Keningau.

Menurut Yazid sumbangan tersebut telah dilakukan sejak Robert menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah di kawasan Bingkor.

Sementara itu Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya dalam perutusannya, mengharapkan dengan adanya sumbangannya sedikit sebanyak dapatlah membiayai aktiviti aktiviti yang dijalankan oleh jawatankuasa Masjid dan Surau masing-masing sepanjang Bulan Ramadhan tahun ini.

Beliau juga mengucapkan Selamat berpuasa kepada umat Islam khususnya di kawasannya.

Dalam pada itu Robert menasihati orang ramai sentiasa berhati-hati dengan keadaan cuaca panas yang sedang berlaku sekarang ini.

Turut hadir Penyelia Masyarakat UPPM N.40 Bingkor Tuan Haji Mohd Zaki, Pemaju Mukim Tuarid Taud Rahman Bidin dan Pemaju Mukim Bunga Raya / Merampong Garrett Patrick.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN