29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Masjid Ar-Rahim Pekan Keningau kumpul RM7,867.00 untuk Palestin dan  Gaza.

Gambar : SUMBANGAN ….. Sahmain (enam dari kiri) bersama AJK Masjid sampaikan replika cek sumbangan kepada Syiekh Ammar Alqolaq. 

KENINGAU : Masjid Ar-Rahim Pekan Keningau berjaya kutip sumbangan RM7,867.00 setakat Januari hingga April 2022.

Daripada jumlah itu RM4,303.00 disumbangkan kepada rakyat Palestin melalui Aman Palestin Bhd dan RM3,564.00 untuk Gaza melalui Persatuan Cinta Gaza.

Pengerusinya, Sahmain Hj. Hassim berkata kutipan yang dijalankan sepanjang masa itu turut mendapat kerjasama daripada pelbagai NGO termasuk Aman Palestin Bhd. dan Persatuan Cinta Gaza.

“Tabung khas ini merupakan tabung kekal yang ditempat di masjid ni buat selamanya. Kami banyak menerima sumbangan daripada penduduk kampung dan sekitarnya serta jemaah dari luar kariah” katanya.

Sahmain berkata, bagi menghargai sumbangan orang ramai, kami mengadakan majlis penyerahan secara ringkas dan sesi penerangan berhubung isu Palestin sebelum solat sunat terawih dijalankan.

“Semua sumbangan tersebut diserahkan kepada Syiekh Ammar Alqolaq yang mewakil Aman Palestine Malaysia.

“Semoga dengan sumbangan yang diberikan itu dapat membantu serba sedikit penderitaan yang dilalui rakyat Palestin,”katanya

Beliau berkata kutipan yang dijalankan sepanjang masa itu turut mendapat kerjasama daripada pelbagai NGO termasuk Aman Palestin Bhd. dan Persatuan Cinta Gaza.

“Tabung dana Palestin ini bertujuan untuk bersama-sama membantu rakyat di sana yang ketika ini sedang dilanda musibah.

“Kami terpanggil untuk menjalankan kutipan ini seperti yang dilaksanakan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang lain kerana prihatin dengan nasib rakyat palestin” jelasnya.

Beliau berkata, pihaknya sangat bersyukur kerana jemaah masjid dan penduduk di sini memberikan kerjasama yang sangat baik sehingga ianya berjalan lancar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN