Gambar sekadar hiasan
RANAU: Masalah air yang berterusan di daerah ini memberi kesulitan kepada penduduk yang tidak melihat di mana penghujungnya masalah yang telah berlanjutan selama beberapa dekad di sini.
Orang ramai menyalurkan amarah mereka ke media sosial, setelah aduan yang dibuat kepada pihak berkuasa tempatan mendapat pelbagai alasan sementara masalah yang sama berlaku berulang kali.
Pemerhatian media menunjukkan bahawa setiap kali musim hujan, yang biasanya terjadi sepanjang tahun, bekalan air dari loji Jabatan Air akan mengalami gangguan ke banyak kawasan di sini, termasuk Hospital Ranau, kawasan berek PDRM, kawasan pekan Ranau dan kampung-kampung sekitarnya.
Pada masa yang sama, kualiti air dari paip kerajaan juga di bawah bawah paras yang memuaskan dengan keadaan air yang keruh dan berbau seperti lumpur sungai, yang menimbulkan pertanyaan di kalangan pengguna mengenai tahap kebersihan air berkenaan.
Situasi itu membuat masyarakat menyuarakan rasa kecewa mereka di media sosial, dengan menyalahkan Jabatan Air Ranau dan juga YB tempatan yang mereka katakan, tidak melakukan usaha yang cukup untuk mengatasi masalah tersebut.
Antara perkara lain yang dibangkitkan dari orang-orang di sini adalah untuk pihak berkuasa meningkatkan peralatan dan mesin-mesin di Jabatan Air Ranau supaya dapat memberikan kualiti yang lebih baik dalam perkhidmatan mereka kepada masyarakat yang membayar bil air mereka.
Sementara itu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Adun Paginatan, Datuk Abidin Madingkir mengatakan bahawa beliau telah menghubungi Pengarah Jabatan Air Ranau, dan diberitahu bahawa terdapat masalah dengan intek air di Kg Kibbas.
Walaupun begitu, beliau menggesa jabatan itu untuk meningkatkan perkhidmatan mereka bagi memenuhi keperluan rakyat di sini.
“Saya juga pernah mengemukakan perkara mengenai masalah air di Ranau di DUN beberapa kali sebelum ini,” katanya.