25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Masa depan SESB lebih baik selepas dikembalikan kepada Sabah

KOTA KINABALU: Presiden Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan yakin langkah kerajaan Persekutuan mengembalikan SESB kepada kerajaan negeri Sabah menjelang tahun 2030 merupakan tindakan terbaik demi kebaikan rakyat dan negeri Sabah.

Menurut beliau, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha menangani pelbagai isu yang membelenggu SESB termasuk bagaimana syarikat itu berfungsi serta ketidak seimbangan kos-kos cukai kuasa.

“Saya amat bersetuju dengan kenyataan yang diberikan semalam oleh Pengerusi SESB, Datuk Madius Tangau dan Pengarah Operasi Industri Ecos Jefery Nuri serta Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Haji Yakoob mengenai hala tuju syarikat berkenaan.

“Ia adalah adil kerana dalam banyak bahagian syarikat utiliti dunia menggunakan perkara yang sama demi kebaikan kepada pengguna dan juga sektor perniagaan,” katanya.

David berkata, Persatuan Pengguna faham bahawa harga komoditi tertentu bergantung kepada permintaan pasaran iaitu jika musim perayaan harga akan meningkat berikutan kesan bekalan dan  permintaan.

“Begitu juga dengan SESB kerana tiada perniagaan boleh bertahan tanpa sokongan dan bantuan daripada pihak kerajaan termasuk subsidi untuk mengekalkan operasi dalam keadaan kos semakin meningkat sedangkan tarifnya masih rendah agar tidak membebankan rakyat.  

“Pada masa yang sama kita juga amat  menghargai kakitangan SESB yang komited dan sentiasa berusaha mengurangkan gangguan bekalan elektrik,” ujar beliau.

Tambah David, rakyat harus berterima kasih atas usaha SESB kerana tanpa tanpa syarikat berkenaan rakyat terpaksa bergantung kepada lampu lilin pada waktu malam.

Beliau berkata, SESB pada masa kini telah membuat kajian kebolehlaksanaan untuk melaksanakan tenaga yang boleh diperbaharui seperti solar dan BESS ke untuk menambah kekurangan kuasa pada masa akan datang dan pengguna akan menikmati kuasa yang stabil.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN