SIMBOLIK…..Ridzwan (kanan sekali) bersama pemilik francais Marrybrown Hajah Rokiah Haji Ibrahim melancarkan khidmat ‘Drive in’ (pandu lalu).
LABUAN – Rangkaian restoran makanan halal segera terbesar tempatan, Marrybrown cawangan Wilayah Persekutuan Labuan memperkenalkan perkhidmatan pandu masuk (Drive in) bagi memudahkan pelanggan membuat pesanan.
Pengurus Restoran Marrybrown Wilayah Persekutuan Labuan, Ridzwan Haji Matnoh berkata, Program pandu masuk (Drive in) yang baru diperkenalkan ini bertujuan memudahkan pelanggan tanpa perlu turun dari kenderaan sebaliknya pekerja Marrybrown akan mengambil pesanan dan akan menghantar semula makanan yang telah siap disediakan kepada pelanggan” katanya kepada media di sini, pada Khamis.
PANDU MASUK…..Seorang pekerja Marrybrown mengambil pesenan daripada pelanggan secara khidmat pandu lalu.
“Inisiatif ini juga bertujuan untuk meminimakan kesesakan dan kontak sesama pelanggan serta kakitangan ketika berurusan di kaunter dan ia juga selaras dengan pematuhan prosedur operasi standart (SOP) susulan wabak pendamik COVID 19 yang masih lagi menlanda negara.
“Pihak kami telah menyediakan dua petak tempat letak kereta untuk memudahkan pelanggan menunggu atau membuat pesenan” katanya.
Menurut Ridzwan, sehingga kini pihaknya telah menerima sambutan yang amat menggalakan daripada pelanggan yang secara keseluruhannya berpuas hati dengan perkhidmatan tersebut.