32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Mantan SUT KPP, Madiyem Layapan dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah Berhad.

Dr. Joachim Gunsalam (dua dari kanan) menyerahkan surat lantikan kepada Datuk Madiyem (tiga dari kiri) baru-baru ini, di Pejabat Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah menyerahkan surat lantikan Datuk Madiyem Layapan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Invest Sabah Berhad.

Perlantikan ini dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untung dan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam (dua dari kanan) menyerahkan surat lantikan kepada Datuk Madiyem (tiga dari kiri) baru-baru ini, di Pejabat Wisma Kewangan, Kota Kinabalu.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri itu berkata pihaknya berharap dengan lantikan terbabit, akan dapat mewujudkan tindakan-tindakan plan ekonomi yang mapan dalam usaha memulihkan semula ekonomi Sabah dan sekali gus dapat menarik lebih pelabur dalam dan luar negara untuk melabur di negeri ini.

Turut hadir dalam majlis lantikan terbabit, Setiausaha Tetap Kementerian, Thomas Logijin, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian, Tseu Kei Yue dan Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), Tommie Philip.

Sebelum ini, Madiyem telah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN