27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Mangsa kebakaran rumah dapat perhatian, sumbangan ADUN Bingkor

Robert menyampaikan sumbangan kepada Johny.

KENINGAU:Mangsa yang ditimpa  musibah kebakaran rumah  di Kudat Deansley Johny menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik  @ Nordin. 

Sumbangan dalam bentuk kewangan itu diterima oleh bapa mangsa Johny Likad dan akan disampaikan kepada mangsa.

Selain itu Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya memberi sumbangan kepada Persatuan Penggerak Wanita Keningau Sabah (PPWKS).

Zaki menyampaikan sumbangan kepada Masnah.

Sumbangan itu bagi membantu PPWKS menjalankan program yang telah dirancang bagi tahun 2022.

Penyelia Masyarakat UPPM N.40 Bingkor Zaki Zakaria Mewakili Robert menyampaikan sumbangan itu kepada Pengerisi PPWKS Puan Masnah Sani.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN