31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Mangsa kebakaran di Singgahmata Bingkor terima sumbangan

Gambar:Robert menyampaikan sumbangan kewangan dan barang-barang makan kepada Misir.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin melawat dan menyantuni keluarga Misir Bin Soob mangsa kebakaran rumah di Kampung Singgahmata Bingkor baru-baru ini.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya diiringi oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Keningau Shrudy Delimin dan Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Keningau melawat di lokasi kejadian.

Kebakaran itu memusnahkan keseluruhan struktur rumah keluarga Misir.

Dalam lawatan itu Robert menghulur sedikit bantuan kewangan dan bahan makanan dan lain-lain keperluan kepada keluarga Misir.

Selain itu wakil rakyat Bingkor itu juga akan menyumbangkan alat binaan untuk mendirikan dan membina semula rumah Misir yang kini menumpang di rumah anak beliau untuk sementara waktu.

Sementara itu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga akan memberi peralatan bahan binaan untuk melengkapi pembinaan semula rumah Misir.

Robert berharap semoga pembinaan semula rumah kediaman keluarga Misir berjalan lancar dan jika ada sesiapa yang sudi menghulur sebarang bentuk sumbangan dan bantuan,boleh merujuk kepada Pengerusi JPKK Kampung Singgah Mata atau  terus kepada Misir.

Beliau berharap agar Misir bertabah dengan musibah itu.

Turut serta dalam lawatan ini, Pegawai Forensik Balai Bomba dan penyelamat Daerah Keningau bersama beberapa anggota, Kakitangan JKM serta Kakitangan Pejabat UPPM N.40 Bingkor dan Kakitangan Pejabat ADUN N.40 Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN