25.5 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MALANG TIDAK BERBAU, LELAKI MAUT TERSEPIT DI BAWAH KENDERAAN

Gambar – Mayat mangsa berjaya dikeluarkan anggota bomba sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan dan polis

RANAU: Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dekat Kampung Kologon, di sini, pada pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Bin Mohd Taib, ketika memberitahu media berkata mangsa warga tempatan dikenali Amin Sarigol, berumur 56 tahun.

KBB Ridwan Mohd Taib

Katanya, laporan berhubung kemalangan itu diterima pada jam 9.13 pagi.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan, seramai 10 anggota diketuai PBK II Wasli Saupin bersama tiga buah kenderaan telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi yang terletak lebih kurang 3 Kilometer daripada Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, didapati sebuah kereta jenis Isuzu D-Max telah terbabas sendiri di tepi jalan dan terdapat seorang mangsa sedang tersepit di bawah kereta itu ,” katanya.

Menurut Ridwan, mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba, namun mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, Hospital Ranau.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya

“0perasi tamat sepenuhnya jam 9.50 pagi,” kata Ridwan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN