30 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Makcik Salmah pulang ke pangkuan keluarga, selepas 30 tahun terpisah

LETIH….  Makcik Salmah   direhatkan di dalam Bot Pemintas Penggalang 24  APMM untuk di bawa pulang ke Labuan.

LABUAN: Seorang warga emas yang dikenali sebagai makcik Salmah, 70, yang terkandas lebih 30 tahun di Sarawak akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya di sini hasil daripada inisiatif Misi  Bantuan Ihsan yang dilakukan oleh  beberapa agensi kerajaan yang diketuai oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan.

Makcik Salmah atau dikenali sebagai Salmah Adeh berasal dari Labuan,  telah berhijrah ke Sibu Sarawak dengan harapan mendapat kehidupan yang lebih baik, namun nasib tidak menyebelahinya kerana selepas itu, dia terpaksa berdepan kehidupan yang memeritkan lantas  merempat.

Sebelum ini, ahli keluarga Makcik Salmah di Labuan telah melakukan segala yang terdaya untuk mengesannya namun tiada siapa yang tahu di mana dia berada.

Keadaan hidup Makcik Salmah semakin memburuk selepas menjadi mangsa ragut di Sibu dan dia telah kehilangan kad pengenalan serta wang tunai yang disimpan di dalam dompetnya.

Semasa berada di Sibu, dia bekerja dengan seorang peniaga  di sebuah pasar di Sibu dan mempunyai tempat untuk berteduh namun selepas majikan yang dipanggil ‘hajah’ meninggal dunia, Makcik Salmah kehilangan tempat tinggal dan terpaksa hidup merempat.

Demi meneruskan kehidupan dan mengisi perutnya, Makcik Salmah kemudian membantu penjual sayur di pasar kering serta tidur di kaki lima setiap hari selama lebih 20 tahun.

Pada 8 Jan lepas, Makcik Salmah telah dibawa ke Hospital Sibu untuk rawatan selepas ditemukan dalam keadaan lemah dan tidak bermaya oleh seorang insan yang prihatin dengan keadaan Makcik Salmah.

Berikutan itu, beberapa wartawan di Sibu telah  menyiarkan keadaan Makcik Salmah yang hidup sebatang kara di Sibu yang ingin mencari ahli keluarganya di Labuan  dan  usaha itu berjaya apabila pihak Jabatan Kesihatan Sibu dengan bantuan Jabatan Penerangan Sibu dan Labuan turut  bekerjasama meviralkan di media sosial (fb jabatan penerangan) untuk membantu mencari pewaris Makcik Salmah.

Hasil daripada penyebaran maklumat tersebut pada awal  Februari lalu,  anak saudara lelakinya  Zamain Ma’in di Labuan telah tampil untuk melakukan usaha  membawa Makcik  Salmah pulang ke Labuan, namun menemui jalan buntu susulan sekatan pergerakan rentas negeri akibat penularan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, sebuah badan bukan kerajaan Persatuan Amal Kebajikan Insan Sarawak (PAKIS) serta Jabatan Kebajikan di Sibu dan Lawas telah memulakan usaha untuk menghantar Makcik Salmah pulang ke pangkuan keluarga serta bertemu semula anak perempuannya Noredah Saman, 47.

Akhirnya  pada, 26 Febuari lalu, Makcik Salmah telah selamat  di bawa pulang ke Labuan  melalui jalan darat merentasi beberapa daerah di Sarawak dan Sabah.

Setibanya di Menumbok Makcik Salmah telah di bawa pulang menggunakan khidmat Bot Pemintas Penggalang 24 Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM)  Zon Labuan.

Sementara itu,  Pengerusi JBPD Wilayah Persekutuan Labuan, Rithuan Ismail berkata pihaknya turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan,  pasukan perubatan dari Jabatan Bomba dan  Penyelamat (JBPM) Labuan,  anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin Labuan yang terlibat dalam operasi bantuan  ihsan itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Ansharey Matarsad   turut menzahirlan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak khususnya Jawatankuasa Bencana Negeri Sawawak, Jabatan Imigresen,  KKM, PDRM dan PAKIS yang  telah  sama sama membantu melancarkan misi membawa pulang Makcik Salmah dari Sibu Sarawak.

Dalam pada itu, Noredah ketika ditemui  berkata dia  berpisah dengan ibunya  ketika berusia 15 tahun.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN