28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mei 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH JHEV ATM CAWANGAN NEGERI SABAH

Hadirin merakam gambar kenangan bersama Mej.Noor Khairi dan Mej.Alfiz.

KOTA KINABALU : Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV)Angkatan Tentera Malaysia ATM Negeri Sabah telah berlangsung di antara Mej Noor Khairi bin Abd Rahman dan Mej Alfiz bin Muhamad telah dilaksanakan di Dewan Kuliah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah pada 18 April 2024.

Acara serah terima tugas itu yang disaksikan oleh Penolong Pengarah JHEV Negeri Sabah, Kapt Muhammad Khaidir bin Ramlee TUDM dan Presiden-Presiden Gabungan Persatuan Veteran Sabah (GPVS) serta Wakil Persatuan-Persatuan Veteran ATM di Negeri Sabah.

Mej Noor Khairi bin Abd Rahman telah menjawat jawatan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah bermula pada 2 Ogos 2021 hingga 18 Apr 2024. Beliau akan bertukar keluar ke Rej 513 (AW) membuat tugas Ketua Cawangan Latihan.

Seluruh warga Gabungan Persatuan Veteran Sabah amnya dan warga JHEV ATM Sabah khasnya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Mej Noor Khairi bin Abd Rahman di atas khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah bagi memastikan kebajikan Veteran ATM di Negeri Sabah sentiasa dijaga. Ucapan tahniah juga kepada Mej Alfiz bin Muhamad di atas pelantikan sebagai Pengarah JHEV ATM Negeri Sabah yang baharu.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Mej Noor Khairi bin Abd Rahman di tempat baru dan semoga terus cemerlang di dalam perkhidmatan.

Turut Hadir bersama ialah, Marshid bin Mohd Salleh, YDP Persatuan Veteran ATM Negeri Sabah (PVATM), Hassan bin Ibrahim, Presiden Kelab Sukan Veteran Angkatan Tentera Sabah (KESVATS) Merangkap Pengerusi GPVS), En Joslin Masongiu, Wakil Presidan PVKMS dan Puan Normalah binti Awang Anak, YDP Persatuan Veteran Semboyan Diraja Negeri Sabah (PVRSDS).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN