TETAMU….Wong (lima dri kiri) bersama tetamu dan pemimpin politik yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka beliau di Kampung Sungai Bangat, pagi kelmarin
LABUAN: Sambutan Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan oleh beberapa pemimpin masyarakat Tionghua di pulau bebas cukai ini disambut dengan meriah apabila dikunjungi oleh pelbagai lapisan masarakat daripada berbilang kaum.
Kehadiran mereka sekaligus memperlihatkan semangat perpaduan masyarakat yang berbilang kaum dan pelbagai anutan agama terus terjalin erat dan harmoni di pulau ini.
Antara pemimpin masyarakat tionghua yang mengadakan majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina ialah Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Labuan, Datuk Wong Kii Yii yang diadakan di kediamannya di Kampung Sungai Bangat, pada pagi kelmarin.
Lebih 1,000 orang daripada pelbagai latar belakang dan kaum hadir pada majlis itu yang bermula seawal jam 10Â pagi hingga ke petang.

GONG XI FA CHAI…Wong menyambut kehadiran Mohd Rafi.
Turut kelihatan hadir pada majlis itu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Indera Suhaili Abdul Rahman, Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan, Ketua Parti Warisan Bahagian Labuan yang juga mantan Ahli Parlimen, Datuk Rozman Isli, Timbalan Pengerusi Dewan Pernigaaan Cina Labuan, Datuk Seri Robert Seah, Pengerusi Dewan Perniagaan India Labuan, Datuk Dhalip Singh.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Azman Sipan, Ketua Polis Labuan, Mohd Hamizi Halim dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Labuan, Mohd Hafiez Daud.
Turut mengadakan rumah terbuka Tahun Baharu Cina ialah Pengarah Urusan Mega Port Management (MPM), Labuan, Datuk Seri Patrik Tiong dan ahli perniagaan terkemuka Labuan, Puan Sri Wong.