24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Majlis Penyampaian Watikah AJP KDCA Keningau diadakan 19 OgoS ini

KENINGAU: Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penyelaras Kadazandusun Cultural Association ( KDCA) Daerah Keningau akan diadakan pada 19 Ogos.

Pengerusi Penyelaras KDCA Daerah Keningau Rafie Robert berkata, Presiden KDCA Huguan Siou Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Datuk Kitingan akan hadir dan menyampaikan watikah pelantikan tersebut.

Rafie berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penyelaras Kadazandusun Cultural Association ( KDCA) Daerah Keningau baru baru ini.

Menurutnya seramai 25 orang ahli jawatankuasa Penyelaras KDCA Daerah Keningau akan menerima watikah pelantikan itu nanti.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN