ADVERTISEMENTspot_img

Majlis Iftar Jamaie Pengakap Labuan

YDP Majlis Pengakap Negeri,  Dato’ Sri Mohd Alias  (lima dari kiri) diraikan sempena sambutan Hari Ulang Tahun Kelahiran pada Majlis Iftar Jamaie Pengakap

LABUAN: Seramai 45  pemimpin  pengakap dan ahli pengakap menyertai program Iftar Jamaie Pengakap Labuan yang diadakan di Desa Tunas Hijau, Kampung Sungai Pagar di sini pada Ahad.

Menurut Pengerusi Penganjur, Goh En Noh @ Malaina, program yang diadakan untuk  kali kedua sejak  sejak 2021 merupakan platform tahunan yang menjadi wadah untuk mengumpulkan pemimpin daripada pelbagai peringkat kepimpinan  pengakap yang mewakili Majlis Pengakap Negeri (MPN), Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri (MPPNg), Persaudaraan Pengakap Raja Malaysia WP Labuan (PPRMWPL) dan BP Guild (BPG).

“Selain itu program ini juga turut disertai oleh Pengakap Remaja, Pengakap Muda dan Pengakap Kanak-Kanak” katanya.

Goh berkata, program ini bukan sahaja berjaya mengumpul ahli ahli tetapi juga  telah memberi peluang kepada pemimpin untuk menaja penyertaan beberapa orang ahli pengakap yang terpilih untuk  menikmati juadah berbuka puasa bersama pemimpin.

Pemimpin Pengakap berbuka puasa bersama Dato’ Sri Mohd Alias (dua dari kanan)

Sementara itu Yang Di Pertua Majlis Pengakap  Negeri (MPN), Dato’ Sri Mohd Alias Abdul Rahman yang turut diraikan sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran pada majlis itu  menzahirkan harapan Pengakap Labuan akan terus  berpeggang kepada polisi  sukarelawan dalam  usaha  mendekati keperluan masyarakat setempat.

Hadir sama  Penaung BPG, Datin Sri Hjh Nosiah Abdullah,  Skip Rosni Bin Mohd Daud  mewakili Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Setiausaha Kehormat Majlis Negeri, Skip Mohd Farihi Ab. Halim.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN