24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MAJLIS HARI RAYA PERINGKAT JABATAN, AGENSI KERAJAAN BERLANGSUNG MERIAH

Pegawai Eksekutif MDR, Jupirin Ruhimin memegang Sijil  bersama Stafnya merakam gambar bersama Jonathan (tengah) dan Jumain.

RANAU: Majlis Hari Raya peringkat  Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri, agensi-agensi  kerajaan dan NGO  mendapat sambutan menggalakkan apabila ratusan orang yang hadir  ke majlis tersebut  di Dewan Masyarakat Ranau bermula seawal 11.00 pagi  dan berakhir  jam 2.30 petang tadi

Pegawai Daerah Ranau, selaku Pengerusi Jawatankuasa penganjur program itu, Jumain Bin Abdul Ghani dalam ucapan aluannya, merakam penghargaan dan terima kasih kepada semua Jabatan Kerajaan Negeri dan agensinya kerana telah bekerjasama menjayakan program yang julungkali diadakan itu.

Menurutnya, dengan adanya kerjasama dan penglibatan daripada 25 Jabatan kerajaan negeri dan agensinya, di daerah Ranau, membolehkan program itu telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

“Program seumpama ini, diharap mampu memupuk Silaturrahim, perpaduan dan keharmonian sedia terjalin dikalangan kakitangan Jabatan kerajaan Negeri dan Persekutuan serta orang ramai tanpa membezakan kaum, agama dan faham politik”, jelas Jumain.

Acara Memotong Kek disempurnakan Datuk Jonathan, Jumain dan kenamaan yang lain.

Beliau mencadangkan supaya majlis seumpama itu akan dapat diteruskan pada masa akan datang dengan melibatkan lebih ramai agensi dan Ngo.

Majlis tersebut bertambah meriah dengan kehadiran Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin bersama rombongannya daripada Staff Pejabat  Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

Turut memeriahkan majlis  yang diserikan dengan persembahan lagu-lagu raya dan Nasyid ialah, Pertandingan Booth Terbaik (Johan) disandang oleh Booth Majlis Daerah Ranau (MDR), disusuli Booth Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau (Naib Johan) dan Booth Pejabat Daerah (Urusetia) menduduki tempat ketiga, Jhaiens (tempat keempat) dan Hospital Ranau menduduki tempat kelima.

Sementara  anugerah Pakaian Terbaik kategori perempuan disandang, Mariam Binti Paladi dari Kemas Ranau manakala kategari lelaki diberikan kepada Ustaz  Rusdi Bin  Abd.Kadir daripada Jhaeins Ranau.

Diakhir ucapan, Jumain berterima kasih kepada hadirin kerana masih mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang jangkitan Covid-19 yang belum berakhir menular seluruh dunia termasuk Malaysia.

“Meskipun kita sudah memasuki fasa Endemik, namun pematuhan SOP masih dikekalkan”, tambah Jumain.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN