30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Majlis Buka Puasa menyatukan warga Kementerian : James

JAMES (tengah) ketika menyantuni sambil menyampaikan sumbangan ‘Sampul Kasih’ kepada sebahagian anak yatim yang hadir pada majlis itu sambil diiringi Maria Chong (kanan)


KOTA KINABALU: Majlis Berbuka Puasa berupaya menyatupadukan warga sesebuah kementerian untuk sama-sama berkhidmat dengan lebih cemerlang, dinamik, dedikasi dan penuh iltizam yang tinggi.


Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Datuk James Ratib berkata, kesempatan seperti itu juga membolehkan warga mengeratkan lagi silaturahim sedia terjalin sesama mereka.


James yang juga Adun Sugut berkata demikian sempena merasmikan Majlis Simpulan Kasih Ramadan KPMKR 1445 H/ 2024 M yang diadakan di sini, pada hari Selasa.


“Alhamdulillah, saya memanjatkan syukur kepada Allah S.W.T., atas nikmat dan kurniaan-Nya, kerana pada hari yang mulia dan penuh barakah ini kita dapat dihimpunkan bersempena dengan Majlis Simpulan Kasih Ramadan sempena Ramadan Al-Mubarak anjuran Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat, pada petang ini yang mulia ini.


JAMES (berdiri ketiga kanan) merakam gambar bersama warga emas yang hadir di majlis itu

“Pada hari mulia ini saya rasa amat bertuah dan bersyukur kerana sekali lagi dapat bersama-sama dengan warga kerja KPMKR serta hadirin sekalian.

Syukur alhamdulilah, kesempatan yang ada pada hari ini membolehkan kita mengeratkan lagi silaturahim sedia terjalin sesama kita.


“Saya percaya majlis pada hari ini berupaya untuk menyatupadukan warga Kementerian agar sama-sama berkhidmat dengan lebih cemerlang, dinamik, dedikasi dan penuh iltizam yang tinggi,” kata beliau.


Di kesempatan itu, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pengurusan dan seluruh warga Kementerian KPMKR dan agensi di atas dedikasi dan komitmen yang ditunjukan atau diberikan kepadanya selaku Menteri dalam usaha merialisasikan Halatuju, Visi dan Misi kementerian.


“Untuk mencapai Visi dan Misi ini, sudah pasti pelbagai cabaran bakal kita hadapi, justeru saya ingin mengajak kepada seluruh warga kerja KMPKR dan agensi supaya terus memberikan khidmat terbaik kepada kementerian ini.


“Adalah menjadi harapan saya agar seluruh warga KPMKR akan terus melakar kejayaan demi kejayaan dan menunjukkan budaya kerja yang berprestasi tinggi, berintegriti dan bersemangat dalam melaksanakan tugasan seharian.

Sebahagian AJK dan urusetia yang menjadi tulang belakang menjayakan Simpulan Kasih Ramadan KPMKR 2024


“Dengan iltizam serta semangat kerja berpasukan di antara warga KPMKR, saya yakin dan percaya wawasan Kementerian KPMKR dapat dicapai melalui pelan hala tuju Sabah Maju Jaya untuk memastikan kesejahteraan rakyat keutamaan kita,” katanya.

James mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur dan Urusetia Majlis Berbuka Puasa KPMKR pada petang itu yang dipengerusikan Timbalan Setiausaha Tetap KPMKR, Puan Alijah, atas kerja keras menjayakan majlis tersebut.


Beliau mengambil kesempatan itu untuk mengalu-alukan kehadiran tetamu-tetamu jemputan, terdiri ketua-ketua jabatan dan agensi, rakan-rakan media dan seluruh warga kementerian ke majlis itu.


Beliau juga mengalu-alukan kehadiran insan-insan istemewa terdiri Orang Kekurangan Upaya (OKU), Warga Emas Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal yang sempat bersama-sama dalam majlis tersebut.


James berterima kasih kepada Majlis Pembangunan Masyarakat Sabah (MPMS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) yang telah menyelaras kehadiran golongan istimewa ke majlis itu.

JAMES (duduk tengah) bersama yang lain di meja utama


“Terima kasih juga saya ucapkan kepada PEMADAM Negeri Sabah di atas sumbangan yang diberikan dalam menjayakan majlis ini.


“Dikesempatan ini juga saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan menyusun 10 jari sebagai tanda kemaafan,” kata beliau.


Dalam majlis itu, seramai 40 penerima terdiri OKU, warga emas, ibu tunggal dan anak yatim telah menerima sumbangan Simpul Kasih, Kurma dan Biskut Raya yang disampaikan YB Menteri.


Turut hadir, Pembantu Menteri KPMKR, Datuk Flovia Ng, Setiausaha Tetap KPMKR, Maria Chong, kedua-dua Timbalan Setiausaha Tetap KMPKR dan ketua-ketua Jabatan, Agensi Negeri dan Persekutuan di bawah KPMKR.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN