Antara staf dan rakan-rakan mereka yang menghadiri majlis Berbuka Puasa’ peringkat staf pejabat P.179 Ranau.
RANAU: Majlis Berbuka Puasa melibatkan staff Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen P.179 Ranau pupuk persaudaraan serta ikatan ukwah silaturrahim sedia terjalin dalam kalangan staf beragama Islam dengan bukan seagama dengan mereka.
Majlis itu yang dianjurkan Biro Agama Islam Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau pada Isnin, merupakan sebahagian program Majlis Berbuka Puasa anjuran Biro berkenaan yang mensasarkan beberapa buah Masjid dan Surau di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Parlimen Ranau (DUN Kundasang, DUN Karanaan dan DUN Paginatan).
Pengerusi Biro Agama Islam Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Hussien Haji Jirat berkata, program tahunan itu bertujuan mengimarahkan masjid dan surau terpilih sekaligus memupuk silaturrahim dalam kalangan masyarakat Islam tanpa mengira katarbelakang fahaman politik mereka.
“Kita berterima kasih atas kehadiran semua staf khususnya Jawatankuasa pelaksana program selain sumbangan dan sokongan daripada Ahli Parlimen Ranau Yang Berhormat (YB) Datuk Jonathan Yasin”, jelas Hussen yang juga Setiausaha Sulit Kanan Datuk Jonathan.
Menurutnya, Biro itu telah mengenalpasti lebih 10 buah Masjid dan Surau sebagai lokasi berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan tahun ini bersama masyarakat Islam di kawasan terlibat yang turut dihadiri Datuk Jonathan.
Ramai masyarakat Islam yang sempat ditemui memuji komitmen dan keprihatinan Datuk Jonathan kerana sudi menghadiri majlis berbuka puasa tanpa mengira lokasi semata-mata bersama-sama rakyat beragama Islam untuk berbuka puasa.
Sementara itu, Jonathan ketika dihubungi merakam ucpan selamat berpuasa kepada semua mereka yang beragama Islam.
Hadir sama pada majlis itu ialah, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda.
            Â