30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Majlis Apresiasi kakitangan UMSKAL

Dr. Mohamad Rizal (tiga kanan) dan Zamri (dua kiri) bersama penerima Anugerah Ikon Kepimpinan dan Kualiti 2023.

LABUAN: Hampir 100 kakitangan menjayakan Majlis Apresiasi Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) 2024 di Grand Ballroom, Palm Beach Resort & Spa, Sabtu lalu.

Majlis yang diadakan sempena Ulang Tahun Jubli Perak ke-25 itu dirasmikan oleh Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abd Hamid.

Dr Mohamad Rizal ketika berucap pada majlis iru berkata, UMSKAL telah melalui pelbagai cabaran dan kejayaan serta suka duka sepanjang penubuhan kampus ini.

Jelas beliau, sebagai sebuah pasukan, kita perlu berusaha dan bekerja dengan sedaya upaya untuk memastikan UMSKAL terus cemerlang dalam pelbagai bidang sekaligus turut mengharumkan nama UMS sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

“Budaya integriti perlu disemai dan ditanam dalam diri kita sebagai penjawat awam dengan menghindari sebarang isu salah guna kuasa, rasuah, tidak amanah, tidak bertanggungjawab, berpecah belah, bersifat perkauman atau kenegerian dan sikap negatif yang lain”, katanya.

Jelasnya, pada tahun 2023, UMSKAL telah menempah pelbagai kejayaan antaranya Anugerah Inovasi Kategori Pengurusan Organisasi Terbaik, Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (tempat ketiga), Pencapaian Cemerlang dalam Audit EKSA 2023 dan Penarafan Lima Bintang dalam Pemeriksaan Mengejut Pengurusan Kewangan PTJ UMS.

Pada majlis itu, Anugerah Ikon Kepimpinan dan Kualiti 2023 kategori Kumpulan Ahli Akademik disandang oleh Prof. Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal, Mas Adi Alimin (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) serta Mohd Abdullah Manggul dan Faridah Adam (Kumpulan Pelaksana).

Manakala Anugerah Ikon Aspirasi kategori Kumpulan Ahli Akademik dimenangi oleh Prof. Madya Dr Hanudin Amin. Ismet Zulfiqar Ahmad Shaffe (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) serta Khatijah Ayub, Asmah Abdullah dan Azmy Idris (Kumpulan Pelaksana).

Sementara itu, seramai 11 kakitangan menerima Anugerah Penghargaan Sanjungan Bakti Setia iaitu kakitangan yang telah mencapai tempoh perkhidmatan selama 25 tahun bersama UMSKAL pada tahun ini yakni bermula dari pembukaan dan pengambilan kumpulan pertama pelajar di UMSKAL pada tahun 1999.

Mereka ialah Abdillah Hamid, Asli Ukal, Che Din Md Salleh, Johari Safar, Ismet Zulfiqar Ahmad Shaffe, Salawati @ Syahmira Abd Hamid, Saradli Arsat, Malai Zaidee Bakar, Rahman @ Abd Rahman Ibrahim, Suriah Kahar dan Sulaiman Abdullah.

Anugerah Pejabat Terbaik pula dimenangi Sektor Pengurusan Kolej Kediaman diikuti Sektor Kewangan dan Sektor Perpustakaan.

Turut hadir Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof. Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal, Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Haji Mohamad Tuah dan Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia UMSKAL, Mas Adi Alimin selaku Penyelaras Majlis.

Hadir sama Ketua-ketua Sektor, pensyarah dan kakitangan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN