26 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 9, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Majlis  Aidilfitri peringkat Komuniti Labuan  eratkan semangat perpaduan.

AZMAN (empat dari kiri) bersama tetamu jemputan yang hadir pada majlis itu.

LABUAN: Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat Komuniti Wilayah Persekutuan  Labuan 2024 disambut meriah sekaligus menyemarakkan semangat  kekeluargaan  dan perpaduan dalam kalangan masyrakat berbilang kaum di pulau ini.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Wilayah Persekutuan Labuan, Azman Sipan  program tersebut menyuburkan amalan khidmat masyarakat dan kesukarelawan  dalam komuniti setempat

“Program ini turut menggunakan pendekatan Sahabat JaPen iaitu melibatkan Komuniti Madani   dalam kemasayarakatan, tanggungjawab sosial korporat dan riadah melibatkan kumpulan sasar di komunti setempat” katanya  ketika ditemui pada majlis itu di Dewan Komunti Kampung Sungai Lada di sini, baru baru ini.

Jelas beliau, semua juadah istimewa untuk majlis yang dihadiri lebih 500 tetamu itu disediakan secara gotong royong yang bermula seawal jam 8 pagi.

“Acara memasak juadah dan persiapan bagi program ini dijalankan secara gotong royong dengan penglibatan  ahli ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Labuan,  Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Lada serta Komunti setempat.

“Program ini diharap menjadi platform terbaik JaPen bekerjasama dengan Komuniti Madani dalam usaha memasar dan menyampaikan program serta dasar semasa kerajaan  selain menyemarakkan semangat perpaduan dan kerjasama antara komunti.

“Selain itu, program ini dapat memberi pemahaman kepada masyarakat setempat mengenai fungsi dan  peranan Komuniti Madani  dalam membantu penyampaian dasr dasar dasar kerajaan khususnya untuk masyarakat Labuan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN