ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP salur peruntukan RM6.3 juta bantuan persekolahan anak asnaf MAIWP Labuan

Ahmad Talmizi meyampaikan secara simbolok perntukan Bantuan Am Pelajaran yang diluluskan oleh MAIWP untuk pelajar asnaf MAIWP Labuan.

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukan RM 6.3 juta bagi membantu murid dan pelajar anak asnaf MAIWP Labuan melalui Bantuan Am Persekolahan (BAP).

Bantuan tersebut bertujuan untuk menyokong pendidikan dan pembangunan anak anak asnaf di Wilayah Persekutuan Labuan.

Majlis penyerahan bantuan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi MAIWP, Ahmad Talmizi Yahya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inpirasi Pendidikan MADANI, MAIWP Labuan di hotel Palm Beach Resort and SPA di sini, pada Ahad.

Ahmad Talmizi ketika berucap pada majlis itu berkata, keseluruhan peruntukan RM 6.3 juta yang diluluskan merangkumi Bantuan Am Persekolahan berjumlah RM6. 053 juta, Anugerah Kecemerlangan Pelajar berjumlah RM250,500 dan Bantuan Galakan Hafazan Alquran bagi tahun 2026 berjumlah RM59,500.

Pada majli itu, seramai 73 anak asnaf yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 menerima sijil insentif SSPN Prime bernilai antara RM2000-RM2500 serta kredit e-Boost RM1000 untuk pembelian telefon bimbit.

Manakala seramai 53 pelajar menerima anugerah dari kalangan penerima Bantuan Am Persekolahan (BAP).

Sementara itu, Nur Fatin Madihah Hamka dari Sekolah Menengah Agama MAIWP Labuan dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik SPM 2025 selepas memperoleh 11A, manakala Nur Atikah Sazwani dari Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan meraih gelaran Pelajar Terbaik STPM 2025 dengan PNGK 4.00.

Bagi kategori hafazan al-Quran, Abdul Wafi Sapar Rudin, 18, menerima Anugerah Huffaz Terbaik 2026 selepas berjaya menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran.

Lima huffaz menerima Insentif Galakan Hafazan MAIWP 2026 dengan nilai antara RM500 hingga RM6,000 seorang, berdasarkan jumlah juzuk yang dihafaz.

Hadir sama Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Ag Rozlan bin Manan, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan, Sazali Rithouddin bin Shahbudin dan Penolong Pengurus Pusat Pungutan Zakat (PPZ), MAIWP Labuan, Mohammad Haziq bin Abang Sapri.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN