SIMBOLIK…. Ustaz Md Fadzli (kanan)menyerahkan replika cek kepada Dr Fary tanda simbolik penyerahan bakul makanan bernilai RM525,000.00 sumbangan daripada MAIWP
LABUAN:Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meluluskan peruntukan pemberian bakul makanan kepada warga Wilayah Persekutuan Labuan bernilai RM525,000.00.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh MAIWP Labuan hari ini berkata, pemberian sumbangan tersebut disalurkan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) selaku penyelaras penghantaran barangan makanan ke Wilayah Peraekutuan Labuan.
Sumbangan hasil daripada pembayar zakat itu digunakan untuk menampung keperluan 15,000 ketua isi rumah yang terkesan dengan pendemik COVID 19.
Bekalan barangan bakul makanan itu telah pun tiba di Wilayah Persekutuan Labuan melalui penerbangan ihsan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pengangkutan laut.
Antara barangan yang dihantar ialah beras, tepung, minyak masak dan gula.
Menurut kenyataan itu lagi, agihan bakul makanan tersebut melibatkan petugas Perbadanan Labuan, Jabatan Bomba & Penyelamat (JBPM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan semua agensi kerajaan serta para pemimpin masyarakat di Wilayah Persekutuan Labuan.
Sementara itu, bantuan tersebut disampaikan oleh Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md Fadzli Md Saad kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman sebagai simbolik pemberian bakul makanan untuk warga Wilayah Persekutuan Labuan yang telah diadakan di Setor se Pusat Perbadanan Labuan.
MAIWP berharap dengan sumbangan ini dapat membantu mereka yang memerlukan dengan memastikan makanan harian sentiasa ada di atas meja.