24.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP Labuan serah kit musibah bernilai RM10,000 bantu mangsa lokaliti PKPD Saguking

BANTUAN…. Ustaz Ahmad Saifudin (kiri sekali) ketika menyerahkan bantuan kit musibah di Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan, pada Khamis.

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (MAIWP) telah menghulurkan bantuan kit musibah berupa susu formula bayi dan kanak-kanak bagi membantu penduduk di lokaliti Saguking yang dikenakan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) yang berkuatkuasa selama dua minggu bermula pada 21 Oktober lalu.

Bantuan kit musibah yang bernilai RM10,000 itu telah diserahkan oleh Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Ahmad Saifuddin Haji Md. Tahir kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan Ansharey Matarsad yang diadakan di pusat pengupulan agihan bantuan JKM, pada Khamis.

“Kita telahpun menyerahkan sumbangan kit musibah berupa susu formula bayi dan kanak-kanak sebanyak 415 pek bernilai RM10,000 kepada JKM selaku jawatankuasa penyelaras bantuan makanan untuk diagihkan kepada penduduk di lokaliti Saguking yang dikenakan PKPD” katanya disini.

Dalam pada itu, beliau berharap bantuan kit musibah berkenaan akan dapat membantu meringankan beban ahli keluarga mangsa berkenaan.

Selain itu, MAIWP Labuan juga katanya akan terus menghulurkan bantuan kepada penduduk kampung lain yang turut terkesan dengan wabak pandemik COVID 19 yang semakin menunjukkan peningkatan di pulau ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN