26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP  Labuan salur bantuan Perubatan Am dan Peralatan Kesihatan babitkan peruntukan  RM276,000.00

LABUAN: Sehingga Oktober tahun ini  sebanyak RM276,000 telah disalurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan kepada 221 golongan  anaf di bawah Skim Bantuan  Perubatan Am dan Skim Bantuan Peralatan Kesihatan MAIWP.

Pengurus MAIWP Labuan, Md Fadzli Md Saad berkata bantuan tersebut meliputi bantuan peralatan  mesin oksigen, kerusi roda serta barang keperluan  seperti makanan berzat dan lampin pakai buang.

“Sehingga  Oktober 2021, MAIWP telah menyalurkan bantuan sebanyak  RM276,000 kepada 221  penerima  berupa bantuan perubatan am dan peralatan kesihatan dan di sini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembayar zakat yang bertanggung jawab seterusnya dapat membantu golongan asnaf yang memerlukan bantuan” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis penyerahan bantuan peralatan kesihatan kepada dua penerima bantuan  tersebut di sini, pada Selasa.

Penerima pertama ialah bekas pesakit COVID 19,  Hasnan Sirat 64, dari Kampung Sungai Labu yang turut mengidap penyakit kronik  jantung dan paru-paru.

Selain itu, Hasnan juga menerima bantuan kewangan bulanan sebanyak RM500 serta

Sementara itu penerima kedua ialah Siti Kamalid, 62 dari kampung Kilan yang menghadapi  masalah kegagalan jantung  dan kerap  kali dimasukkan ke hospital kerana kesukaran bernafas.

Kedua dua penerima sebelum ini telah disyorkan oleh pakar perubatan untuk mendapatkan alat sokongan mesin oksigen bagi kegunaan seharian disebabkan tahap kesihatan yang semakin meruncing.

Berdasar maklumat yang diperolehi, MAIWP Labuan telah membantu  pesakit berkenaan untuk membekalkan mesin oksigen serta bantuan keperluan lain.

Secara keseluruhan bantuan yang disalurkan kepada kedua-dua penerima berjumlah lebih RM10,000.00.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN