26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, November 7, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP  Labuan  peruntukan  bantuan am perubatan  berjumlah RM692,000

Gambar: SIMBOLIK… Mohd Ajib (tengah) menyampaikan replica cek bernilai RM50,000  kepada Dr Ismuni untuk Tabung  Kebajikan Hospital Labuan sambil diperhatikan Ustaz Mohd Fadzli.

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan telah memperuntukan bantuan am perubatan berjumlah RM692,000 kepada Hospital Labuan sepanjang tahun ini.

Setiausaha MAIWP, Datuk  Mohd Ajib Mohd Ismail berkata antara bantuan am perubatan yang telah diperuntukan kepada Hospital Labuan ialah bantuan kos perubatan pembedahan fistula, katarak mata dan perubatan berbentuk bulanan seperti pemberian susu kesihatan dan lampin pakai buang dan insulin berjumlah RM477,000.00.

Selain itu MAIWP juga telah memperuntukan  peralatan kesihatan secara one off membabitkan pembelian kerusi roda, mesin oksigen, tilam ripple matress, katil hospital, kaki palsu dan lain lain berjumlah RM95,000.00.

“MAIWP  Labuan juga telah memperuntukan Bantuan Khas Kanak-Kanak OKU berjumlah RM150,000 secara bulanan” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan  Sumbangan Kepada Pesakit Pesakit di Hospital Labuan.

Pada majlis itu, pihak MAIWP menyerahkan sumbangan bernilai  RM50,000 untuk   Tabung Kebajikan Hospital Labuan  serta bantuan kewangan bernilai RM18,000,00 untuk diagihkan kepada pesakit yang menerima rawatan di hospital berkenaan  bagi  meringankan beban dalam menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

“Melalui bantuan yang disalurkan ini, MAIWP telah menunjukkan prestasi yang amat  baik dan memberangsangkan dalam membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.

”Besarlah harapan saya, agar pihak MAIWP di Labuan menjadi agensi utama dalam usaha penyaluran zakat kepada asnaf agar dapat membantu lebih ramai lagi golongan sasar terutamanya asnaf dari aspek perubatan dan peralatan kesihatan” katanya.

Hadir pada majlis itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Ismuni Bohari, Pengarah Hospital Labuan, Dr Adnan Musa Balidran dan Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Mohd Fadzli Md. Saad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN