29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP Labuan bantu dua buah keluarga mangsa tanah runtuh.

SIMBOLIK…. Md Fadzli  (kiri sekali) menyerahkan secara simbolik bayaran deposit dan sewa rumah bulanan kepada salah seorang ketua keluarga  bencana sambil   disaksikan Bashir (tengah) dan Mohd. Dzulfaizal (dua kanan)

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan  telah membantu menyediakan bayaran deposit dan sewa rumah  bulanan untuk tempoh satu tahun kepada dua buah keluarga yang ditimpa musibah tanah runtuh berhampiran  kediaman mereka di Tanjong Kubong malam, kelmarin.

Majlis penyerahan bantuan  deposit dan   sewa rumah  berjumlah hampir RM8,000  itu disampaikan oleh Pengurus MAIWP Labuan Ustaz Md. Fadzli Md Saat  kepada salah seorang ketua keluarga mangsa berkenaan yang diadakan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Dewan Balai Bomba Layangan, pada Isnin.

Turut hadir menyaksikan penyerahan bantuan tersebut ialah Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk  (MPP) Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab Manan.

Sementara itu Ustaz Md Fadzli ketika ditemui berkata,  bantuan deposit dan sewa bulanan untuk tempoh setahun itu bagi memastikan keluarga mangsa berkenaan  mempunyai tempat tinggal yang selesa sebelum  rumah asal  mereka selamat untuk didiami semula.

BASHIR bertemu dengan salah seorang keluarga mangsa  di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Balai Bomba Layangan.

Beliau berkata kedua-dua keluarga yang mempunyai pertalian adik beradik itu  serta masing-masing mempunyai  empat  dan tiga orang anak itu dipindahkan oleh anggota bomba dan penyelamat selepas mendapati  dua buah  rumah yang didiami oleh keluarga berkenaan   tidak selamat  didiami  berikutan kejadian tanah runtuh  berhampiran rumah mereka pada malam Ahad lalu.

“ Memandangkan kedua dua keluarga berkenaan merupakan adik beradik, pihak MAIWP ketika ini hanya menyediakan deposit  dan sewa rumah  bulanan  untuk satu keluarga sahaja.

“Bagaimanapun MAIWP  akan berusaha mendapatkan satu lagi bantuan rumah untuk keluarga berkenaan.  Sementara waktu kesemua  mereka tinggal bersama di sebuah rumah sewa di Taman Mutiara Kampung Sungai Bedaun” katanya.

Jelas Md Fadzli, kedua dua keluarga ini juga merupakan penerima Bantuan Kawangan Bulanan MAIWP  dan ini  sekaligus memudahkan pihak MAIWP  menyemak maklumat dan latar belakang kedua dua keluarga terbabit.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN