Mohd Nizam bersama pengamal media yang diraikan pada majlis tersebut.
LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan sentiasa menghargai peranan pengamal media Labuan yang telah membantu menyebarluaskan peranan MAIWP kepada masyarakat.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya berkata, pengamal media di Labuan telah menjadi tunjang kepada MAIWP yang bukan sahaja dalam menyebarkan peranan MAIWP ketika mengagihkan bantuan zakat tetapi juga turut membantu memartabatkan tanggungjawab dan sumbangan MAIWP kepada masyarakat.
“Justeru itu MAIWP berharap hubungan yang baik bersama pengamal media di Labuan dapat diteruskan supaya apa juga maklumat atau aktiviti yang dilakukan oleh MAIWP dapat disebarluaskan dengan tepat, sahih dan berintegriti kepada masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Malam Apresiasi Media bersama MAIWP yang diadakan di hotel Dorsett Grand Labuan, disini pada Selasa.
Majlis Malam Apresiasi Media bersama MAIWP yang bertemakan ‘MAIWP dan Media Berpisah Tiada’ dianjurkan bersama MAIWP Labuan dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) cawangan Labuan.
Pada majlis itu penggamal media yang terdiri dari ahli ahli Persatuan Penggiat Media Labuan menerima sijil penghargaan dan cenderahati.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZ, Mohammed Hassan, Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Arifin A.M Noordin dan Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Wilayah Persekutuan Labuan, Howard Martin Kim Sung @ Cornelius dan Timbalan Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Radzaleih Matusin.



