Joanita (dua dari kanan) dan Denis (tiga dari kanan) bersama penderma darah pada program tersebut.
LABUAN: Persatuan Pengamal Kesihatan dan Pekerjaan Labuan (LOSPHA) berjaya mengumpul sebanyak 40 pain darah sempena Program Blood Donation and Safety Awareness Campaign yang diadakan di Ujana Kewangan di sini, pada Selasa.
Menurut Pengerusi LOSPHA, Joanita Joseph, program tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai
kepentingan menderma darah serta memperkukuhkan pengetahuan berkaitan aspek keselamatan ditempat kerja dan komuniti.
Jelas beliau program yang bermula dari jam 9 pagi hingga jam dua petang itu mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Financial Park Sdn. Bhd, dan Persatuan Bulan Sabit Merah.
“Program! Ini juga mendapat sokongan daripada syarikat swasta yang menjadi rakan strategik LOPSHA” katanya ketika ditemui media pada program tersebut.
Turut diadakan pada program itu demontrasi keselamatan memasang perancah (scafholding) di bangunan tinggi serta demontrasi Bantuan Pernafasan (CPR) yang di kendalikan oleh Pegawai Kanan Kesihatan, Pusat Kesihatan Daerah Putatan Sabah, Dr. Mazlianah Mazlan.
Hadir sama Pegawai Perubatan Jabatan Pathologi, Perubatan Transfusi, Hospital Labuan, Dr. Fazlin Ammelia Muzafar dan Timbalan Pengerusi LOSHPA, Denis Ampalang.