JOANITA menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai Jabatan Kesihatan yang menjadi rakan kerjasama dalam program tersebut.
LABUAN: Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Labuan (LOSHPA) berjaya mengumpul 59 pain darah sempena Program Kempen Darah yang dianjurkan oleh persatuan itu yang diadakan di Kompleks Ujana Kewangan Labuan pada Sabtu.
Kempen tersebut yang bertemakan “ Darma Darah. Selamatkan Nyawa” turut mendapat kerjasama Perbadanan Labuan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Jabatan Kesihatan Labuan dan LJ Resoursces selalu Penaja utama.
Menurut Pengerusi LOSHPA, Joanita Joseph kempen derma darah tersebut bertujuan untuk membantu dan membekalkan bank Darah Hospital Labuan.
Selain itu ia juga bertujuan memberikan kesedaran dan pendidikan kepada orang ramai tentang kepentingan menderma darah.
JOANITA bersama Pasukan LOSHPA yang menganjurkan program tersebut.
“Program ini bukan sahaja membantu menyelamatkan nyawa tetapi juga membawa komuniti untuk bersama sama memoromosikan kepentingan kesihatan dan keselamatan dalam semua aspek kehidupan” katanya.
Program yang bermula jam 9 pagi dan berakhir pada jam 2 petang itu turut diadakan dimontrasi Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR) dan Automated External Defbrilation (AED) yang dikendalikan oleh paramedik yang berpengalaman dari Hospital Labuan.
“Pada masa yang sama kami juga menjalankan pendaftaran keahlian LOSHPA sebagai usaha menggalakkan pengamal OSH dan orang ramai menyertai persatuan ini.
“LOSHPA juga menjemput industri lain sebagai Ahli untuk berkongsi sumber maklumat secara kolektif” katanya.
Hadir Sama, Naib Pengerusi LOSHPA, Denis Empalah, Setiausaha LOSHPA, Shally Martin dan Bendahari LOSHPA, Osman Liasim.